Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bersih mesti berperanan semula & teruskan perjuangan

$
0
0

KEADILAN DAILY

 

bersih adil logo[3]



KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan demi kemenangan diraih, Gabungan Pilihan Bebas & Adil (Bersih) perlu memainkan semula peranan menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil, kata penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

“Ini masa yang tepat untuk Bersih mengambil tempat membangkitkan semula (lapan) tuntutan bagi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.

Tambah CheguBard, ahli jawatankusa pemandu Bersih dan peserta himpunan bertahun-tahun dibebankan dengan pelbagai dakwaan di mahkamah yang akhirnya gagal dibuktikan bersalah.

Pada 24 Julai 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Bersih adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.

BERSIH
Mahkamah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram

Pada 13 November 2013, The New Straits Times (NST) menyiar permohonan maaf kepada Bersih, Suaram, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ ) dan peninjau pendapat awam, Merdeka Center kerana menerbitkan laporan palsu yang menuduh empat NGO ini cuba menggugat kestabilan kerajaan.

Manakala Mahkamah Rayuan 6 Januari lalu sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan ‘Bersih 3.0 Duduk Bantah’ pada 2012.

Terbaru, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Badrul Hisham Shahrin dan tiga yang lain dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Kata CheguBard, siri keputusan ini membersihkan imej Bersih dan gabungan NGO itu perlu lebih giat meneruskan agenda membersihkan sistem pilihan raya di negara ini.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan rakyat, termasuk mobilisasi besar-besaran,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722