MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar berjanji memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu kes pendakwaan melibatkan dua pegawai kementerian itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai pendakwaan SPRM itu yang membabitkan dua pegawainya telah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Bagaimanapun kementerian tidak berhasrat untuk membuat sebarang ulasan memandangkan kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.
Dua pegawai terbabit, Effendi Abd Ghany, 48, dan Mohd Hadtamizi Abu Bakar, 47, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memperdaya Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melibatkan wang berjumlah AS$126,681 pada tiga tahun lepas.
Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah. - BERNAMA