Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Harga RON95 tidak naik, kata Ahmad Maslan

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER































Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Ahmad menerusi akaun Twitternya malam ini berkata :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi. - Bernama,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722