MSTAR ONLINE
Dalam temu bual bersama Reuters, Alexander Khodakovsky, yang merupakan komander Vostok Batallation mengesahkan kehadirannya buat kali pertama sejak pesawat itu dibawa turun di timur Ukraine pada hari Khamis.
Beliau berkata puak pemberontak tidak mempunyai sistem peluru berpandu Ed, dan ia mungkin telah dihantar pulang selepas itu untuk menghapuskan bukti kewujudannya.
Sebelum pesawat Malaysia ditembak jatuh, puak pemberontak dengan bongkaknya berkata mereka mempunyai peluru berpandu Ed yang boleh menembak jatuh pesawat di aras ketinggian sederhana.
Bagaimanapun sejak bencana berlaku kumpulan utama puak pemberontak, mendakwa mereka yang berasal daripada Republik Rakyat Donestk, bagaiamanpun mereka beberapa kali menafikan mempunyai senjata berkenaan.
Khodakovsky mendakwa pihak berkuasa Kiev membuat provokasi mereka telah tersalah melancarkan peluru berpandu sedangkan pada hakikatnya mereka sememangnya dengan sengaja mahu melancarkan serangan udara ke atas pesawat itu.
"Saya tahu BUK datang daripada Luhansk. Pada masa ini saya diberitahu bahawa BUK daripada Luhansk datang daripada bendera Republik Rakyat Luhansk (LNR) ," katanya.
"Mengenai BUK itu saya pernah tahu dan dengar mengenainya. Saya yakin mereka telah menghantarnya balik. Hal ini kerana saya nampak apa yang sebenarnya berlaku ketika pesawat malang itu terhempas.
"Mereka mungkin telah menyerahkannya kembali untuk menghilangkan bukti kewujudannya," kata Khodakovsky kepada Reuters pada Selasa.
Persoalannya adalah: Ukraine mempunyai bukti bahawa pihak sukarelawan mempunyai teknologi berkenaan, melalui pertolongan Rusia. Ia bukan sahaja untuk melindungi keselamatan tapi memprovokasi kegunaan senjata tersebut terhadap pesawat komersil yang membawa penumpang.
"Mereka tahu BUK memang wujud; BUK ini kini di bawa menuju ke Snezhnoye," katanya sambil merujuk kepada sebuah kampung yang terletak kira-kira 10 kilometer (enam batu) daripada lokasi kemalangan.