Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

EKSKLUSIF: Jangan peralat rakyat untuk agenda politik – MB

$
0
0

Oleh NAZLI IBRAHIM
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu rakyat Selangor diperalat sebagai batu loncatan ke Putrajaya bagi memenuhi agenda politik pihak tertentu.
 
Beliau mengakui Pakatan Rakyat perlu bercita-cita untuk terus berkembang dengan menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran untuk ke Putrajaya.
 
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat perlu memberitahu rakyat yang mungkin tidak memikirkan negeri itu akan dijadikan sebagai alat.
 
Copy of nazli-mb 
 
“Kalau ini (asas ke Putrajaya) hendak dijadikan, adalah baik bagi Pakatan meminta mandat semula kepada rakyat Selangor.
 
“Kita mestilah mempertahankan prinsip. Kita menjalankan reformasi untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya pada temu bual khas bersama SelangorKini.
 
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan untuk menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya ketika memulakan pelan Langkah Kajang.
 
Bagaimanapun, ia tersekat berikutan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
 
jiwa rakyat aPada temu bual itu, Abdul Khalid turut ditanya mengenai dakwaan berkaitan Splash yang dikatakan mendekati individu dalam PKR untuk mendapat penyelesaian yang berpihak kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
 
“Jika itu berlaku bermakna parti membenarkan seseorang melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri.
 
“Ini membelakangkan tujuan memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab,” katanya.
 
Beliau mahu hal itu dihindar dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga munasabah dan menguntungkan rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722