KUALA LUMPUR - Bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA)-18 di beberapa lokasi dalam negara meningkat kepada 50 semalam berbanding 40 pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, satu titik panas dikesan di Johor dan Negeri Sembilan, Kelantan (empat), Pahang (13), Perak (lima), Sabah (dua), Sarawak (12), Terengganu (tiga) dan Selangor (sembilan).
"Kesemua titik panas yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya," menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu di Sumatera, Indonesia sebanyak 225 titik panas dikesan semalam berbanding 139 pada Sabtu.
Berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 4,385 kes pembakaran terbuka direkodkan melibatkan kawasan hutan, pertanian, kawasan industri, pembinaan, tapak pelupusan sampah, kawasan belukar dan lain-lain pembakaran terbuka kecil, semalam. - Bernama