Malaysia tidak akan menjadi buah percaturan mainan geopolitik global dan hanya menjadi pemerhati dari tepi
Kumpulan penyiasat Malaysia perlu diberikan saluran dan akses utama kepada maklumat dan petunjuk baru sepanjang misi penyiasatan.
“Pemuda Umno memandang serius laporan bahawa kotak hitam pesawat MH17 telah dihantar ke Rusia untuk pemeriksaan.
“Kami percaya bahawa ia patut diserahkan kepada Malaysia kerana kita adalah negara di mana pesawat terbabit,” katanya.
Tambah Azwan lagi, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara bebas di antara dua negara yang terlibat, iaitu Rusia dan Ukraine.
“Malaysia telah menegaskan melalui kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan memainkan peranan penting dalam penyiasatan ini.
“Malaysia berhak untuk mengetahui perkara sebenar dan terlibat secara langsung dalam usaha mencarinya,” jelasnya.
Katanya lagi, beliau menyampaikan salam takziah kepada keluarga, sahabat penumpang dan krew pesawat MH 17 yang sepatutnya tiba di Kuala Lumpur dari Amsterdam.
“Walaupun saluran rasmi sedang mengenalpasti kejadian sebenar, laporan awal memberi gambaran bahawa pesawat yang membawa 283 penumpang dan 15 krew ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu (surface-to-air missile).
“Namun dalang sebenar masih sedang dikenalpasti. Kami inginkan kebenaran dan pihak yang bertanggungjawab perlu diheret ke muka pengadilan, tidak kira siapa pihak tersebut.
“Semoga Malaysia yang bersatu ini diberi kekuatan oleh Allah SWT bagi melalui saat serba pahit ini,” ujarnya.