BR1M 3.0 
BR1M 3.0


SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa kerajaan melanjutkan tempoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan diberikan kepada pemohonan pada Februari ini.

Naib Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Farkhan Md Zain berkata, memandangkan 70 peratus daripada 9, 000 pemohon baru yang belum berdaftar maka kerajaan disaran untuk melanjutkan tempoh tamat pada hujung bulan ini.

"Bagaimanapun, kerajaan juga diharap dapat memberikan BR1M secara berperingkat kepada mereka yang telah mendaftar bermula Februari 2014 sekurang-kurangnya untuk meringankan beban kewangan berikutan kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat baru-baru ini.

"Meskipun ia bukanlah jalan penyelesaian yang tepat, namun bantuan tersebut sewajarnya dihargai," katanya dalam satu kenyataan media.

Minggu lalu, media melaporkan lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk BR1M 3.0 tahun ini.

Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.

Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi belum mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.