Pingat Piala Malaysia 2013 yang dimenangi Jamsari. - FOTO: Facebook Jamsari SabianPingat Piala Malaysia 2013 yang dimenangi Jamsari. - FOTO: Facebook Jamsari Sabian
 

BEKAS penjaga gol yang mencipta sejarah bersama skuad Olimpik 2000, MPPJ FC dan Selangor, Jamsari Sabian amat tersentuh dengan penderitaan dialami penduduk Gaza dan Syria akibat peperangan.

Bagi tujuan itu, beliau sedia melelongkan pingat Piala Malaysia yang diperolehnya ketika beraksi untuk MPPJ pada 2003.

"Untuk Gaza dan Syria. Pingat kedua yang saya nak lelong untuk tabung Gaza dan Syria.... Very special to me.. tetapi saya berharap duit yang dapat terus ke tabung Gaza dan Syria 100% mereka mampu membeli ubat dan makanan. itu lebih berharga untuk saya dan famili saya. Sila pm saya untuk bid harga," itu antara tulisan Jamsari menerusi Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia, malam semalam.

Jamsari berharap semua pihak supaya tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.