MALAYSIAKINI
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 83, berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu.
Beliau yang melawat Mursyidul Am PAS itu sejak dimasukkan ke HUSM pada Isnin lepas berkata adalah salah bagi mereka yang menyebarkan berita yang tidak benar mengenai Nik Aziz melalui media sosial.
"Tok Guru ada keluarga jadi kena tanya keluarga dia dan berita tentangnya sudah sekian lama dilaporkan secara pantas.
"Tiba-tiba datang sumber yang tidak berasas terus dipercayai, ini tidak betul," katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi menafikan dakwaan kononnya Nik Aziz sudah meninggal dunia seperti yang disebarkan melalui media sosial termasuk WhatsApp.
"Sama-sama kita doakan Tok Guru sentiasa sihat dan dapat memberi idea membangunkan ummah sepanjang waktu," tambahnya.-Bernama