Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Calon pensyarah USM antara penumpang MH17

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Muar Johor, adalah antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.

Mohd Ali Md Salim, 30, yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus university Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di Kampung Jayor, Pagoh.
  
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata USM menzahirkan perasan sedih dan takziah serta duka cita yang teramat kepada keluarga Mohd Ali dan semua kru serta penumpang pesawat berkenaan.
  
"Kepada keluarga Mohd Ali, saya ingin rakamkan takziah dan kesedihan dari seluruh warga USM dan saya secara peribadi turut merasai kehilangan yang amat sangat apatah lagi Allahyarham adalah pelajar cemerlang dan calon pensyarah di universiti ini nanti.
  
"USM juga sedia membantu apa jua yang boleh untuk meringankan tanggungan keluarga Mohd Ali dan akan sentiasa menghubungi keluarganya yang tinggal di Kampung Payor untuk mengikuti perkembangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
  
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
  
Omar berkata Mohd Ali yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik itu sedang mengikuti pengajian di bawah skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) Kementerian Pendidikan di bawah USM dan dijangka tamat pengajian pada tahun 2015.
  
"Menurut kakaknya Nurzazila yang kami hubungi awal pagi tadi, adiknya ada menghubungi beliau pada Rabu dan bertanyakan sama ada ingin memesan apa-apa dari sana," katanya.
  
Beliau berkata Nurzazila bersama ibu bapa dan keluarganya kini berada di sebuah hotel di Putrajaya untuk mengikuti perkembangan mengenai Mohd Ali.- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722