Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Belenggu kemiskinan, mana peranan pusat zakat?

$
0
0

Oleh HAZAYANI ZAKARIA 


MESKIPUN jumlah kutipan zakat meningkat hampir setiap tahun, namun masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat khususnya di ibu kota juga semakin meningkat.

Statistik pungutan zakat yang diterbit oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri tunggal selain Selangor yang merekodkan pungutan zakat melebihi RM1 bilion dalam tempoh 2001 hingga 2010.

Persoalan yang timbul adalah ke mana wang zakat dibelanjakan apabila masalah kemiskinan dan gelandangan di ibu kota tidak pernah selesai?

Lapan golongan yang layak menerima zakat adalah fakir (orang yang tidak memiliki harta), miskin (orang yang penghasilannya tidak mencukupi), riqab (hamba sahaya atau budak), gharim (orang yang memiliki banyak hutang), mualaf (orang yang baru masuk Islam), fisabilillah (pejuang di jalan Allah), ibnu Sabil (musafir dan para pelajar perantauan) dan amil zakat (panitia penerima dan pengelola dana zakat)

Institusi zakat seolah-olah tidak berperanan sepenuhnya dalam mengagihkan bantuan kepada fakir miskin sebaliknya peranan ini banyak dimainkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis kemanusiaan.

Karenah birokrasi antara punca golongan yang layak menerima zakat lambat atau tidak menerima zakat.

Malah pada tahun 2011, Gabungan Pertubuhan- Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin) menggesa Majlis Agama Islam Negeri mengurangkan birokrasi dalam pemberian bantuan zakat kepada para asnaf bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh golongan lain.

Ini tidak termasuk dakwaan pecah amanah oleh menteri melibatkan wang zakat.

Ketua Audit Negara pada 2011 memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili Menteri di Jabatan Perdan Menteri Dato’ Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

Selain itu terdapat juga dakwaan salah guna wang zakat di Perlis apabila pemimpin negeri yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar, antaranya pergi melancong tanpa terlebih dahulu berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.

Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf sebaliknya lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.
Laporan Audit Negara 2012 juga meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya dua bintang di kalangan agensiagensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis.

OKU terpinggir Sementara itu, menyentuh bantuan zakat kepada orang kelainan upaya (OKU), Ahli Jawatankuasa Hak-Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Mohamad Faizal Che Yusof yang juga OKU berkata, majlis agama lebih banyak menunggu OKU datang meminta bantuan berbanding mereka sendiri yang keluar mencari OKU.

Lebih mengecewakan lagi apabila wujud di kalangan ahli agamawan sendiri mempunyai persepsi negatif terhadap OKU sehingga enggan memberikan peluang kepada mereka.

Ini menjadikan OKU tidak mendapatkan tempat yang sesuai di kalangan agawan untuk berkhidmat.
Menurut beliau juga, pusat zakat wajar bersikap proaktif dengan menyegerakan kelulusan dan proses siasatan sesuatu kes serta Kecekapan pegawai dan bilangan yang cukup perlu diberi perhatian dalam mengendalikan urusan zakat.

“Dalam isu OKU yang menerima elaun atau bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seharusnya pusat zakat tidak bersikap selektif.

“Ada OKU yang amat-amat memerlukan sumber kewangan dari kedua-dua pihak iaitu pusat zakat dan JKM,” katanya. Beliau juga berkata, tiada keselarasan antara negeri-negeri dalam pengagihan zakat kepada OKU.

“Sebagai contoh, ada negeri yang beri bantuan kepada OKU biarpun OKU terlibat turut menerima bantuan atau elaun tertentu dari JKM.

“Namun mutakhir ni juga dilihat pusat zakat kian berkerja rapat dengan NGO. Usaha sebegini harus dikekalkan dan diperhebatkan lagi,” katanya. Selain itu, beliau turut menceritakan kisah orang Islam yang tertarik dnegan agama lan kerana layanan dan bantuan yang diberikan tanpa karenah birokrasi
Menurutnya, pengalaman seorang rakannya berkaitan bantuan sebuah gereja kepada orang ramai perlu diambil perhatian.

Seorang mubaligh dari sebuah gereja menceritakan perihal bagaimana gerejanya mampu menarik orang-orang Islam berkunjung ke situ hinga ada yang bertukar agama.

“Antara yang dimaklumkan kepada rakan saya termasuklah bagaimana pihak gereja menyediakan keperluan makanan semasa kepada sesiapa sahaja yang memerlukan setiap hari.

“Mereka yang menerima perbelanjaan makanan tersebut hanya perlu mencatatkan namanya dalam buku penerima bantuan setiap kali perbelanjaan diberikan. Jika yang datang itu ketua keluarga, dia hanya perlu menulis setiap nama ahli keluarganya yang memerlukan bantuan makanan tersebut,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722