MALAYSIAKINI
Kira-kira 2.3 juta pekerja asing yang telah berdaftar untuk Program 6P wajib memiliki I-Kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu sebagai usaha untuk membanteras pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Katanya I-Kad dikeluarkan mengikut sektor dan kod warna dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti biometrik cap jari, Nexcode dan 'contactless chip' akan diberikan secara berperingkat.
"Majikan atau pekerja itu sendiri akan membuat permohonan dengan bayaran RM110. Wang rakyat tidak akan digunakan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi jika pekerja asing yang bekerja di negara ini tidak mempunyai I-Kad," katanya dalam sidang media selepas pelancaran I-Kad Pekerja Asing di Putrajaya hari ini.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohamad Khalid Shariff, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Datuk Seri Izham Yusoff.
PNMB merupakan syarikat yang dilantik membekalkan I-Kad. Penggunaan I-Kad telah berkuatkuasa pada 15 November tahun lepas.
Ahmad Zahid berkata I-Kad memudahkan pihak penguatkuasa mengesan warga asing yang bekerja dalam 10 sektor di negara ini dan pada masa yang sama ia dapat mengelak pemalsuan kerana segala butiran penting dapat diakses dengan mudah.
"Kita akan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan lain pada fasa kedua nanti," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata bagi membanteras kegiatan judi haram, polis akan memperhebatkan Ops Dadu dan dengan itu memberi amaran tegas kepada pengusaha judi haram secara konvensional dan online agar menghentikan operasi mereka.
"Ops Dadu telah diadakan selama ini tetapi kita akan memperhebatkan operasi. Tarikh akan diumumkan dalam bulan ini. Kita mempunyai skuad khas dan kini di peringkat akhir melatih mereka," katanya.
Dilaporkan dalam sebuah tabloid hari ini bahawa terdapat 200 anggota dilatih khas dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) akan mengambil tindakan terhadap premis perjudian haram di seluruh negara.- Bernama