Berita Terkini Pulau Mabul Semporna Sabah. Polis Mati Dibunuh & Kena Culik. Abu Sayyaf Serang? Balas Dendam : Sebenarnya Pulau-pulau di Tumur Sabah, selatan Filipina sangatlah cantik terutamanya Pualu Mabul dan Mataking. Memang eksotik, tetapi dek kerana lanun yang tidak bertamadun inilah yang telah “mencabul” keharmonian dan keindahan Pulau Mabul Sabah ketika ini.
Sekarang ini, hanya Tawau, Kunak yang dilihat lebih selamat. Semuanya dek kerana berita terkini polis mati di Pulau Mabul Sabah manakala seorang lagi anggota polis telah diculik oleh lanun-lanun ini. Nampaknya….
Nampaknya siri Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dilancarkan sangat mencabar kali ini. Pastinya Nazri Aziz dan juga anaknya Nedim Nazri Aziz (KLIK SINI) terbeban dengan berita-berita seperti tidak cukup dengan siri penculikan, serangan seksual dan juga pembunuhan warga asing (SUMBER DI SINI) pastinya menyulitkan lagi siri promosi berterusan Tahun melawat Malaysia 2014.
Harap tiada lagi kenyataan seperti ini dikeluarkan
Kronologi Berita Terkini Pulau Mabul Semporna Sabah?
- Pukul 11:30 Malam, 12 Julai 2014 : Pegawai Marin Semporna, Asp Safardi Samad terima panggilan daripada PGR 12 iaitu Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun mengatakan berlakunya kes penculikan di resort Bilabong yang mana pengganas tersebut datang dari arah Filipina
- Semasa panggilan dibuat PGR sedang berbalas tembakan dengan bit penculik dan panggilan akhirnya terputus
- Tembakan secara rambang telah dilepaskan ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna
- Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bergerak ke kawasan kejadian dan keadaan air surut menyebabkan bot penjenayah tersangkut
- 2 Anggota polis dilaporkan hilang iaitu Koperal 15279 Abdul razah Bin Jamuan dan Konstabel 176543 Zakia Bin Aleip dipercayai telah diculik atau ditangkap serta 1 M16 hilang
- Kumpulan penculik semarai lingkungan 8 orang berpakaian celoreng baju hitam dan senjata mesingan (bersenjatapi jenis Calibrre 7.62)
- 1 Mayat anggota merin akhirnya ditemui iaitu operal 15279 Abdul razah Bin Jamuanoperal 15279 Abdul Razah Bin Jamuan yang ditemui di bawah jeti tempat kejadian
- Sekarang ini Helikopter Super Link (KD Lekiu) telah dikerah mengawal kawasan perairan
8 suspek kes polis mati di Pulau Mabul Semporna Sabah ini tidak boleh dipandang mudah. Kumpulan komando dan militan pastinya akan bila-bila masa untuk datang menceroboh semula perairan Sabah untuk menculik dan meminta wang tebusan
Berita Terkini Pulau Mabul Semporna Sabah : Biodata Koperal Abdul Rajah Bin Jamuan (Kena Tembak)
- Nama Penuh : Koperal Abdul Rajah Bin Jamuan
- Berumur 32 tahun
- Beragama Islam
- Sudah Berkhwin
- Nama penuh Isteri Abdul Rajah Bin Jamuan : Salamah bti Amad
- Tempat Lama Abdul Rajah Bin Jamuan bertugas – PPM Kampung Acheh
- Jawatan k63 – Jurumudi kapal rondaan air 1, (6) balai polis Pulau Mabul, Semporna Sabah
- Alamat – Kampung Bubul Batu 2 Semporna Sabah.
Berita Terkini Pulau Mabul Semporna Sabah : Biodata Konstabel Zakiah Bin Aleip (Kena Culik)
- Nama Penuh : Konstabel Zakiah Bin Aleip
- Berumur 26 tahun
- Etnik Bajau
- Beragama Islam
- Telah berkahwin ( 1 anak )
- Nama Penuh Isteri Zakiah Bin Aleip – Sharifah Erna Binti Berson
- Tempat Bertugas Sebelum – PPM w1 Pulau Pinang
- Jawatan : Konstabel radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) Balai Polis Pulau Mabul.
- Alamat Kampungg Sambah Tengilan Tamparuli Sabah.
Nampaknya kena review semula langkah-langkah keselamatan negara. Setiap bulan ada sahaja pengganas yang berjaya bolos keselamatan perairan negara kita.
P/S : Adakah Abu Sayyaf yang serang Pulau Mabul Semporna Sabah kali ini sebagai balas dendam selepas pasukan komando Malaysia berjaya menyusuf masuk ke kem Abu sayyaf untuk menyelamatkan tebusan rakyat China pada minggu lepas? Berita asal anda boleh semak pada gambar-gambar dikongsikan di bawah ini….
PP/S : Nasihat Berita Semasa elakkan pada ketika ini pergi ke Pulau di Timur Sabah. “sangat panas” ketika ini….
PPP/S : Yang menarik berdasarkan semakan Berita Semasa ada juga pengganas Sulu di Malaysia mempunyai hak mengundi seperti anda. Hebat bukan? Buktinya juga ada di bawah ini…
Lagi Gambar Berita Terkini Pulau Mabul Semporna Sabah
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. Al Fatihah. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Abdul Rajah Bin Jamuan dan Semoga segera ditemui Konstabel Zakiah Bin Aleip dalam keadaan selamat. Insyaallah