Ermizi Muhammad
SEMPORNA: Pantai Timur Sabah sekali lagi dicemari serangan pengganas yang dipercayai didalangi pengganas Sulu di Pulau Mabul, Semporna Sabah.
Kejadian yang berlaku berhampiran kawalan Pusat Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) itu mengakibatkan salah seorang anggota polis, Abdul Rajah Jamuan maut.
Manakala seorang anggota lagi, Konstabel Zakiah Aleip masih hilang dipercayai diculik.
Mengulas insiden tersebut, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar ekoran kekerapan berlaku pencerobohan dan serangan di Sabah.
Beliau memberikan contoh pencerobohan tentera Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengakibatkan kematian lapan anggota polis dan dua anggota tentera Mac tahun lalu.
“Insiden ini berlaku kerana kelemahan sistem keselamatan negara kita. Selepas Esscom ditubuhkan, tidak nampak strategi berkesan, malah serangan pengganas tetap berlaku,” ujarnya.
“Sepatutnya kerajaan perlu membuat kajian yang lebih, bukan saja hanya cakap buat itu, buat ini tapi pelaksanaan sistem baru masih ada kelemahan. Kelemahan ini yang perlu kita elakkan. Bila tragedi ini berlaku, apa peranan Esscom?” soalnya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Katanya, pemantauan dan kajian berterusan perlu kerap dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan dan juga risikan sentiasa berada di tahap terbaik bagi mengelakkan kejadian seumpama ini terjadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu, turut kesal atas tragedi yang berlaku di Pulau Mabul itu dan berharap kejadian yang sama tidak berulang pada masa depan.
Ketika ditanya berhubung tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat penstrukturan semula Escomm, beliau menggesa supaya kerajaan mengeluarkan Kertas Putih dan bukan hanya terus merangka cadangan baru.
Beliau juga tidak menolak, serangan yang berlaku di Sabah ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan di Sabah. Malah katanya, insiden ini akan mengugat keharmonian dan kestabilan penduduk tempatan.