Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dua rakyat Malaysia pengganas "amat berbahaya" di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo

$
0
0
ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Mereka merupakan rakyat Malaysia yang hanya ditahan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sejak lapan tahun lalu. Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka juga merupakan antara tahanan yang amat digeruni di pusat itu.
 
Mohamad Nazir Lep, atau alis Bashir Lap dan Lilie, dan Mohd Farik Amin, yang turut dikenali sebagai Yazid Zubair, dikategorikan sebagai pengganas "amat berbahaya" dan merupakan antara 14 "tahanan bernilai tinggi" di pusat itu.
 
Menurut dokumen yang diperoleh daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), mereka tidak dibenarkan untuk pembebasan segera dan nasib mereka belum dapat dipastikan.
 
Kedua-duanya ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan pada 2003 ketika Mohamad Nazir, 38, ditahan di Thailand dan Mohd Farik, 39, di Kemboja.
 
Mereka kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.
 
Sumber risikan AS percaya bahawa mereka merupakan sebahagian daripada rancangan berani mati melibatkan pesawat komersial yang dirampas dalam gelombangan serangan kedua selepas kejadian 11 September 2001.
 
Mohamad Nazir, yang menghadiri ke sekolah latihan penerbangan, merupakan seorang tahanan yang merancang untuk mengendalikan rampasan pesawat.
 
Dia turut merancang serangan terhadap kedutaan-kedutaan AS, termasuk melakukan perpindahan wang dan senjata kepada anggota-anggota kumpulan radikal lain.
 
Mohd Farik turut didakwa merupakan anggota kanan kepada JI dan al-Qaeda.
 
Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, yang turut dirujuk sebagai Guantanamo atau Gitmo, merupakan penjara tentera AS di sebuah pangkalan tentera laut yang menghadap Teluk Guantanamo di Cuba.
 
Tahanan disifatkan sebagai berbahaya
 
Ditubuhkan pada 2002, pusat tahanan itu disifatkan amat berbahaya, dan kebanyakan tahanan ditahan dari Afghanistan, Iraq, Afrika dan Asia Tenggara.
 
Menurut seorang jurucakap Kedutaan AS di sini, "kedua-dua rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo telah dirujuk sebagai berpotensi untuk pendakwaan."
 
Pegawai itu berkata, sehingga masa pertuduhan dikenakan terhadap mereka, kes mereka boleh dikaji semula oleh Lembaga Penilaian Berkala.
 
"Lembaga itu akan menentukan sama ada penahanan mereka diteruskan perlu bagi melindungi daripada ancaman terhadap Amerika Syarikat," tambah pegawai itu.
 
Pakar Kriminologi USM, Profesor Madya Dr P. Sundramoorthy berkata, tiada petunjuk bahawa kedua-dua mereka akan dibebaskan kerana Amerika Syarikat masih melihat mereka sebagai individu berbahaya dengan kemungkinan akan kembali menyertai dalam militan sekiranya dibebaskan.
 
"Ia akan menjadi penahanan yang amat panjang buat mereka," tambahnya.
 
Difahamkan bahawa kedua-dua mereka dibenarkan untuk menghantar surat termasuk gambar-gambar, yang akan diperiksa terlebih dahulu, kepada ahli keluarga mereka menerusi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
 
Dipercayai bahawa kedua-dua rakyat Malaysia itu boleh memberikan maklumat berguna kepada Amerika Syarikat mengenai kumpulan radikan dan operasinya.
 
Dikatakan bahawa mereka disoal siasat oleh Agensi Perisikan Jenayah (CIA) di sebuah kawasan yang tidak diketahui, sebelum dihantar ke Guantanamo.
 
Laporan menyatakan bahawa Mohamad Nazir dan Mohd Farik disoal siasat di pulau Diego Garcia, yang merupakan pusat operasi CIA di kawasan terpencil di Lautan Hindi.
 
Selain mereka, seorang rakyat Indonesia, Hambali, 50, yang pernah memiliki taraf permaustatin tetap, turut ditahan di Teluk Guantanamo.
 
Hambali atau Riduan Isamuddin, merupakan seorang anggota Jemaah Islamiyyah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Osama bin Laden dan dikatakan sebagai orang kanannya di Asia Tenggara.
 
Hambali terlibat dalam kejadian bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.
 
Isterinya, yang merupakan rakyat Malaysia juga seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - mStar Online

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722