Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PKR: Perjanjian batal, wang percuma untuk Ropiah

$
0
0
 

 

Pemimpin Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pada dasarnya diberikan RM13 juta “wang percuma” ekoran konrak “tidak sah dan batal” bagi membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dan perjanjian tanah itu ditandatangani dengan kerajaan, dakwa PKR.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli mendakwa, tanggungjawab kontrak yang diberikan kepada syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd untuk membina Puspahanas telah lama lupus, sekali gus menjadikannya batal.

Beliau juga mendakwa, syarikat itu juga gagal mengemukakan bon tanah baru untuk projek itu, yang dikehendaki dalam perjanjian.

Justeru, tambah Rafizi, Ropiah mendapat wang percuma daripada projek yang masih berjalan itu.

“Dan jangan lupa, beliau masih memiliki 223 ekar tanah di Bukit Raja,” dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722