MALAYSIAKINI
Tiga NGO menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendesak kerajaan negeri tidak meluluskan cadangan projek pusat judi lumba kuda di Bukit Tagar, Hulu Selangor.
NGO Islam Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (IRIMM), Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Mohd Yasid Bidin di Bangunan SUK semalam, lapor Berita Harian hari ini.
Laporan itu memetik Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay sebagai berkata pembinaan pusat itu mencalarkan imej Malaysia sebagai negara Islam walaupun tidak menafikan ia akan menarik pengunjung luar negara.
“Setakat ini, kita sudah mempunyai antara tempat pusat perjudian yang terkenal seperti Genting Highlands di Pahang. Jika ditambah lagi, memang tidak dinafikan Malaysia adalah negara yang penuh dengan pusat perjudian.
“Kami menentang perkara ini kerana ia akan menjadi satu ancaman terhadap pembangunan sahsiah masyarakat Islam dan pembinaan pusat judi berkenaan menunjukkan kerajaan negeri menggalakkan aktiviti perjudian,” katanya seperti dilapor akhbar itu.
Dalam laporan yang sama juga Presiden Kebangsaan MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah pula mempersoalkan pendirian Khalid dan komponen Pakatan Rakyat berhubung isu itu.
Akhbar itu melaporkan Abdul Rani mendakwa dengan membenarkan pembinaan pusat itu membuktikan kerajaan yang dipimpin PKR dan rakan sekutunya tidak mempertahankan Islam.
"Jika dilihat, Menteri Besar Selangor adalah orang Melayu dan Islam, sama seperti ahli PAS. Mereka selalu mendakwa diri meraka memperjuangkan Islam di negara ini.
"Tetapi perkara ini (pembinaan pusat judi) bukti kata-kata itu tidak ditunjukkan dan hanya dijadikan sebagai satu janji kepada rakyat," katanya.