Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

ADUN pandang serius amaran pecah PAS S'gor

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


Amaran PAS Selangor berhubung perpecahan Pakatan Rakyat negeri itu jika judi lumba kuda di Hulu Selangor diluluskan disambut serius oleh pemimpin parti-parti rakannya di negeri itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amiruddin Shari (bawah) berkata, permohonan oleh “pihak tertentu” itu perlu mendapatkan maklum balas komponen Pakatan bagi mengelak perpecahan seperti yang dibimbangi PAS Selangor.

“Bagi saya, sudah pasti ia memberi kesan kepada Pakatan. Jadi sebelum pecah, (Pakatan) kena bincang sesama ahli politik, bincang dengan penduduk kawasan (di situ).

"Pada saya jelas, aktiviti sukan OK, tetapi kita lihat tiada keperluan pusat judi lumba kuda itu dibuat di Hulu Selangor.

“Kerajaan negeri perlu pertimbangkan perkara itu kerana ia memberikan kesan terus dalam Pakatan dan juga mencalarkan rekod kerajaan negeri,” kata wakil rakyat PKR itu kepada Malaysiakini semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad kelmarin mengakui isu pusat lumba kuda itu boleh memecahkan Pakatan Selangor jika diluluskan,

Cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda di Bukit Tagar, Hulu Selangor itu rentetan usaha memindahkan dari Kelab Lumba Kuda Sungai Besi yang tidak diluluskan sejak 2004, menurut Iskandar yang exco negeri.

“Pemaju cuba lagi sebelum pilihan raya 2008 juga tidak diluluskan, kemudian kali ini pemaju memohon lagi, kita masih bincang," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Sekinchan: Taklah seberat itu

Sementara ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim sedikit berbeza apabila berkata Pakatan "mungkin terjejas tetapi tak teruk" seperti yang dibimbangi.

“Pada saya perkara ini tak seberat itu, kalau permohonan perpindahan diluluskan boleh pecah belahkan Pakatan. Pada saya tak sampai ke situlah.

"Bagaimanapun, saya hormati pandangan PAS.

"Dia (Iskandar) punya asas dan kebimbangan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

“Tetapi saya melihat dalam aspek lebih menyeluruh kepada perniagaan dan premis-premis yang sudah lama berniaga mahu dipindahkan ke situ,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722