Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Duit Raya 1Malaysia (DR1M) Kakitangan Swasta VS Bantuan Bonus Raya Penjawat Awam?

$
0
0



Bonus Raya Kakitangan Swasta


Duit Raya 1Malaysia (DR1M) Kakitangan Swasta VS Bantuan Bonus Raya Penjawat Awam : Nampaknya pemberian bonus raya 2014 kakitangan awam (SEPERTI DI SINI) terus mendapat perhatian orang ramai terutamanya kalangan kakitangan swasta.

Ada yang menyambut baik langkah kerajaan yang acapkali memebrikan baik saguhati, bonus ataupun bantuan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tetapi….

Tetapi ada juga yang kurang senang melihatkan dana kerajaan dibahagikan kepada sesama penjawat awam semata. Ini kerana sudah timbul cakap-cakap yang mahukan kerajaan sama sekali tidak mengenepikan kebajikan dan pemberian insentif buat majoriti kakitangan swasta di Malaysia.

Tuntutan Duit Raya 1Malaysia (DR1M) Kakitangan Swasta

Oleh itu Pengerusi Biro Pekerja Muda tampil dengan cadangan seperti di bawah ini :
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada Duit Raya 1Malaysia (DR1M) yang diberikan khas menjelang musim perayaan.
  • Duit Raya 1Malaysia (DR1M) kakitangan swasta diharap mampu mengimbangi keperluan perbelanjaan persiapan hari raya untuk golongan pendapatan rendah dan sederhana terutamanya di kalangan pekerja sektor swasta.
  • Kerajaan Malaysia masih boleh meneruskan bantuan bonus raya khas untuk penjawat awam seperti yang diberikan sekarang ini
  • Duit Raya 1Malaysia (DR1M) ini juga dilihat mampu menjana ekonomi negara apabila penerimanya  dikalangan kakitangan swasta akan membelanjakan bantuan itu untuk membeli persiapan hari raya di mana perbelanjaan beli baju, kasut atau kelengkapan menyambut raya mampu mengalir wang dalam pasaran negara sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi
Dan Duit Raya 1Malaysia (DR1M) diharap dapat menangkis cakap-cakap “orang ramai” selama ini yang mengatakan duit cukai negara diagihkan dengan mengenepikan hak kumpulan pembayar cukai daripada sektor swasta.

Jadi pada pandangan anda, wajarkah tuntutan Duit Raya 1Malaysia (DR1M) kakitangan swasta direalisasikan? Apa alasan anda?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722