MALAYSIAKINI
Agensi berita Malaysia, Bernama mengakui terdapat beberapa asas dalam dakwaan menciplak yang dibuat oleh akhbar Indonesia, Jakarta Globe, hari ini.
Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh (kiri) memberitahu
Malaysiakini bahawa daripada apa yang diperolehinya, terdapat beberapa asas dalam dakwaan tersebut.
Zulkefli (kiri) bagaimanapun menegaskan bahawa wartawan yang didakwa menciplak itu ada menyandarkan (attributed) artikel itu kepada Jakarta Globe dalam perenggan ketiga dan kelima.
Jakarta Globe mendakwa Bernama menciplak dua artikelnya yang diterbitkan dalam talian yang berkaitan dengan debat calon presiden Indonesia.
Berikutan dakwaan tersebut, Zulkefli berkata siasatan akan dijalankan dengan segera.
Bagaimanapun, dalamtweetkemudiannya,Bernamaberkata wartawan berkenaan telahdigantung tugas.[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Zulkefli berkata agensi berita Malaysia itu memberi perhatian serius terhadap dakwaan itu kerana Bernama memang melarang perbuatan memplagiat dalam penulisan oleh wartawannya.
Beliau berkata dalam dunia kewartawanan, setiap wartawan sewajibnya mengetahui dan faham bahawa perbuatan memplagiat dalam penulisan berita merupakan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
"Buat waktu ini, wartawan berkenaan digantung tugas sementara siasatan dalaman dijalankan," kata Zulkefli.
"Tindakan tegas disiplin akan diambil oleh Bernama sekiranya wartawan itu didapati bersalah," tambahnya.