MALAYSIAKINI
Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee berkata sekarang ini terdapat pihak tertentu yang berani mengambil kesempatan untuk mencetuskan kemarahan dan provokasi sehingga boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara berbanding sebelum ini.
Tanpa menyebut pihak yang dimaksudkan, beliau berkata tindakan segera perlu bagi membanterasnya termasuk terhadap komentar berbaur provokasi bagi mengelak peristiwa berdarah 13 Mei - yang dibimbangi semua pihak - tidak berulang kembali.
"Kita kena ambil dan tangani dengan cepat. Kalau tidak, pihak tertentu yang ambil kesempatan (untuk) buat provokasi. Dulu tak ada, sekarang mereka jadi berani. Mereka tak peduli, provok bagi orang marah, (mereka) buat sesuatu supaya orang tak boleh berfikir (waras).
"Itu yang menjadi bahaya. Kita tak mahu negara kita, (sebagai contoh ada) pengebom berani mesti. Ini (kerja) gila... Kita tak mahu orang ada pemikiran dan mentaliti begitu satu hari nanti. Kena elakkan," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini.
Beliau mengulas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi amaran berhubung peristiwa rusuhan kaum yang mungkin akan timbul semula jika perpecahan antara kaum terus berlarutan dan tidak dibendung kerana mempersoal perlembagaan.
Muhyiddin yang juga menteri pendidikan dilapor memberi amaran itu memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain”.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan timbalan presiden Umno itu mengambil berat terhadap provokasi antara satu kaum yang boleh mengundang peristiwa berdarah 1969 itu terjadi.
Menurut Syed Ali, Muhyiddin cuba menasihatkan semua pihak supaya tidak melakukan provokasi sehingga terjadinya insiden yang menumpahkan darah yang pernah dilaluinya ketika beliau berumur tujuh tahun pada tahun itu.
"Kita mesti elakkan daripada berlaku. Sebab kalau benda ini berlaku, dia akan merugikan semua orang selepas kita buat apa ada sekarang.
'Polis bertindak segera'
"Semua parti (pihak), Melayu, Cina dan India, kena ambil berat harmoni negara ini. Jangan main-main. Sayang pada negara tak apa, (kalau) nak kena kalah, hilang kuasa, rakyat tak mahu tak mengapa, jangan sampai provokasi yang mengundang kepada 13 Mei," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta polis segera dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau pihak yang melakukan provokasi tanpa mengira kaum dan kecenderungan politik.
"Penguatkuasa kena ambil tindakan. Jangan ambil, tak ambil... tak boleh teragak-agak. Tak kisah siapa, orang kerajaan, pembangkang, Melayu, Cina, India.
"Kalau perlu ambil tindakan... Polis perlu diberi kuasa sebebasnya, kalau perlu, ambil tindakan," katanya.
Sementara itu, Syed Ali turut menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwanya tidak faham maksud sebenar kenyataan ‘peristiwa berdarah’ Muhyiddin.
“Lim Guan Eng sengaja putarbelit kenyataan Muhyddin, cuba beri gambaran seolah-olah kenyataan tersebut berupa ancaman kepada bukan Melayu,” katanya.
Dalam menulis dalam blognya, Syed Ali yang juga setiausaha Umno wilayah Persekutuan berkata, tindakan Lim Guan Eng itu sebenarnya amat berbahaya kerana menganggap "ia berbau hasutan".
"Dia sengaja mengeksploitasikan peringatan Muhyiddin untuk agenda DAP," tegasnya dalam tulisannya itu.