Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dr Asri cadang peminta sedekah ada 'permit' diizinkan

$
0
0



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Hasrat untuk membersihkan Kuala Lumpur itu dipuji, menghapuskan golongan yang mengambil kesempatan juga dialu-alukan.

“Namun pendekatannya hendaklah holistik dan jelas,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan beberapa cadangan ringkas yang ingin dibincangkan bersama dan berharap semua berikan maklum balas secara matang.

Katanya, segala yang membawa keruntuhan nilai budi manusia hendaklah dikikis kewujudannya di ibu kota negara kita.

Tambahnya, untuk mengelakkan penipuan dan sindiket, hanya peminta sedekah yang mempunyai 'permit' (kelulusan) sahaja yang patut diizinkan.

“Permit hanya diberikan setelah individu berkenaan diperiksa di sudut kesihatan, peluang pekerjaan yang ditawarkan, latar pemilikan harta dan lain-lain,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, orang yang menderma tidak wajar diambil tindakan, sebaliknya orang yang meminta tanpa permit sahaja yang boleh diambil tindakan.

Orangramai, kata beliau hendaklah dimaklumkan tentang kepentingan mengetahui latar peminta sedekah melalui 'permit' yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Tempat bantuan makanan hendaklah diaruskan dengan baik agar kebersihan dapat dijaga,” ujarnya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722