Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pemuda PAS desak daftar pengundi automatik

$
0
0

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mendesak kerajaan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi warga negara yang mencapai umur 21 tahun.

Menurut Ketuanya Suhaizan Kaiat, pelaksanaan ini sekali gus menggalakkan rakyat negara ini untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Malah katanya, ianya juga selaras dengan sistem demokrasi yang digunapakai dalam negara ini melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

"Kerajaan kena buat pindaan perlembagaan dalam parlimen iaitu mereka yang mengundi adalah mereka yang menjadi pengundi yang sah dalam daftar pemilih," katanya dalam sidang media hari ini.

Dengan kaedah ini, katanya ia telah mengurangkan beban di peringkat kerajaan kerana maklumat pengundi diselaraskan di semua peringkat.

Beliau juga menolak kononya kerajaan enggan melaksanakan sistem ini kerana bimbang golongan muda yang keluar mengundi memihak kepada pembangkang.

"Itu tidak menjadi sebab utama, kerana ramai juga orang muda dalam pilihan raya umum lepas memihak kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya tidak perlu bimbang tentang peratusan keluar mengundi berkurangan sebaliknya perlu melihat sistem ini dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

"Sekarang kita hendak pentingkan peratus yang keluar mengundi atau rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan untuk rakyat menjalankan tugas mereka," katanya.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan Auto21 (Pemilih Automatik Usia 21 tahun) di hadapan Kompleks Sogo pada petang ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sidang Dewan Negara 30 Jun lalu, memberitahu kerajaan masih mengkaji cadangan pendaftyaran secara automnatik ini.

Katanya, antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

Katanya, antara yang perkara yang perlu dipertimbang ialah Perkara 119 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan adanya daftar pemilih.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722