Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

UM nafi ditekan hingga gugur pengarah Umcedel

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Pentadbiran Universiti Malaya menafikan wujud sebarang tekanan pihak luar dalam isu pengguguran Profesor Mohammad Redzuan dari jawatan pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Mohd Amin Jalaludin berkata keputusan itu sebaliknya mengambil kira persaraan Mohammad Redzuan pada tahun depan dan bagi memberi peluang kepada penggantinya untuk menyesuaikan diri.

"Pengurusan universiti ingin menyatakan secara khusus bahawa keputusan dibuat dengan mengambil kira kepentingan universiti dan langsung tidak berkait dengan apa-apa bentunk tekanan dari pihak luar.

"Keputusan ini dibuat oleh Universiti Malaya semata-mata memandangkan Profesor Mohammad Redzuan bakal bersara pada tahun depan dan untuk menyediakan peluang kepada timbalannya, Amir Saifude Gahazali untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai pengarah badan pengkaji itu," kenyataan Mohd Amin dipetik.

Katanya, Mohammad Redzuan masih kekal berkhidmat sebagai anggota kumpulan penyelidik Umcedel.

Mohammad Redzuan juga masih menjadi profesor di Jabatan Sejarah, di Fakulti Seni dan Sains Sosial walau pelantikannya sebagai dekan fakulti tersebut tidak disambung semula, kata Mohd Amin.

Mengulas lanjut, beliau berkata isu berhubung keputusan untuk tidak menyambung semula jawatan dekan itu tidak timbul kerana ia dibuat berdasarkan proses demokrasi dan telus.

Katanya, pihak pengurusan UM memilih Profesor Md Sidin, 55, sebagai dekan yang baru untuk menggantikan Mohammad Redzuan.

"Pelantikan Prof Md Sidin kena pada masanya kerana beliau merupakan bekas timbalan dekan lepasan ijazah fakulti berkenaan selama lima tahun dan dilihat sebagai calon yang sesuai untuk meneruskan budaya kecemerlangan dalam bidang kajian fakulti tersebut," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut Redzuan diminta untuk meletak jawatan dari Umcedel dan hak pelantikannya sebagai dekan juga tidak disambung semula.

Bekas menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah semalam mendedahkan tekanan itu disuarakan oleh pegawai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Beliau turut meletak jawatan sebagai zamil penyelidik kanan UM sebagai tanda bantahan ke atas tindakan ke atas Redzuan.

Redzuan dan Umcedel mencetus perhatian meluas selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak satu hasil kajian yang dijalankan badan tersebut sebelum pilihan raya umum 2013, yang menjangka manifesto Pakatan Rakyat lebih berpengaruh dari manifesto BN.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722