Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Kami tak tersinggung dengan Umcedel'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan bertanggungjawab menekan Universiti Malaya sehingga pentadbiran universiti itu menggugurkan pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Khairy berkata, Putrajaya juga tidak terasa hati dengan Umcedel, yang sebelum ini sering menerbitkan hasil kajian yang tidak memihak kepada kerajaan.

"Kerajaan tidak pernah tersinggung dengan kajian Umcedel. Kerajaan dan parti BN hanya menganggapnya sama seperti hasil kajian berasaskan data atau analisis.

"Salah jika dikatakan Putrajaya tersinggung dengan analisis Umcedel. Kami ambil maklum dengan tinjauan dan kajian mereka tapi ia tidak mendatangkan masalah kepada kami.

"Ada yang mempersoalkan kaedah Umcedel dan soalan yang dikemukakan, tetapi ini bukan perkara yang perlu dipertimbang lebih lanjut.

"Jadi apa saja yang berlaku kepada Prof Redzuan, ia bukan kerana campurtangan Putrajaya. Ia tidak memerlukan apa-apa pertimbangan dari kerajaan," kata ketua Pemuda BN itu lagi di Twitter.

Laporan sebelum ini menyebut Redzuan diminta untuk meletak jawatan dari Umcedel dan hak pelantikannya sebagai dekan juga tidak disambung semula.

Bekas menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah semalam mendedahkan tekanan itu disuarakan oleh pegawai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi, beberapa bulan lalu.

Saifuddin turut meletak jawatan sebagai zamil penyelidik kanan UM sebagai tanda bantahan ke atas tindakan ke atas Redzuan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722