MALAYSIAKINI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat Malaysia agar tidak menjadikan negara ini sarang kepada kumpulan bersenjata seperti Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL).
"Kita tak mahu Malaysia dianggap sebagai sarang yang mencambah dan membenihkan pengganas.
"Kita tahu di Indonesia perkara ini telah berlaku dan mereka seolah-olah ada (rangkaian) rumpun Nusantara sama ada daripada selatan Filipina atau selatan Thailand serta Malaysia dan Indonesia yang berada dalam satu kumpulan untuk anggotai kumpulan ISIL ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, tengah hari ini.
Menurutnya, langkah itu boleh dilakukan dengan membezakan di antara perbuatan jihad dan perbuatan membunuh diri dengan menjadi pengebom berani mati.
"Kita harap mereka yang belum terjebak dalam jihad itu harus memahami makna jihad itu sebenarnya.
"Ia bukan suicidal (bersifat membunuh diri) dengan mengebom diri sendiri.
"Jangan silap dengan istilah berkenan dan jangan terpengaruh dengan pihak yang merekrut kumpulan seperti ini," katanya.
Menurutnya lagi, masyarakat tidak boleh bergantung harap kepada undang-undang semata-mata untuk mencegah kumpulan seperti ini daripada terus bertapak dan berkembang.
"Apa yang penting di sini bukan sekadar undang-undang kerana undang-undang hanya boleh dilaksanakan apabila berlaku penangkapan dan pendakwaan.
"Soalnya sekarang adalah apabila budaya keganasan dan terrorisme ditanamkan di kalangan orang yang taksub.
"Ini tanggungjawab kepada anggota masyarakat keseluruhan.
"Saya rasakan bukan sahaja ibu bapa tetapi pihak sekolah, pihak universiti, kumpulan profesional dan NGO (diminta supaya) tidak mengalu-alukan perbuatan militan seperti ini," katanya lagi.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Wakaf Al-Quran peringkat kebangsaan yang dianjurkan Yayasan Restu dengan kerjasama KDN, di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
Gesaan Zahid ini dibuat sehari selepas kerajaan menjelaskan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat seperti menyokong ISIL apabila menggesa anggota Umno mencontohi semangat kumpulan itu dalam memperjuangkan parti mereka.
Jurucakap kerajaan dalam kenyataan semalam menegaskan yang kerajaan tekal menganggap ISIL sebagai satu organisasi pengganas.
Kenyataan sama juga menjelaskan bahawa ucapan Najib dipetik di luar konteks dan rujukan terhadap ISIL dalam ucapannya dibuat sepintas lalu sahaja.