Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anwar minta wartawan tanya penaja Papa Gomo isu bayaran saman

$
0
0
 Oleh Shawaliah Hadir 

 
Post Pic
 
 
 
PUCHONG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan wartawan mengajukan soalan kepada pemimpin Umno yang menaja pengendali Blog Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan tentang isu bayaran pampasan saman fitnah.
 
"Jangan tanya saya, tanya pemimpin Umno yang taja dia," katanya ringkas pada sidang media hari ini.
 
Semalam, Wan Muhammad Azri memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang beliau kini seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Anwar sebagai pampasan setelah disabit kesalahan memfitnah pemimpin itu.
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Azri untuk mendapatkan persetujuan Anwar sendiri terhadap bayaran pampasan RM800,000 kerana didapati bersalah memfitnah Anwar dengan meletakkan imejnya dalam video seks.
 
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop menetapkan 24 Jun sebagai tarikh pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan. 
 
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya. 
 
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722