THE MALAYSIAN INSIDER
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memberi kebenaran kepada pertubuhan itu untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa (gambar) berkata dalam hal ini Sultan Selangor tidak pernah memberi perkenan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di mana jua.
"Tiada perkenan yang diberikan Sultan Selangor maka kenyataan Perkasa dinafikan. "Surat yang diterima daripada Yang Dipertua Perkasa Abu Bakar Yahya pada Jumaat tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda berangkat ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Abu Bakar berkata Sultan Selangor berkenan memberi kebenaran kepada Perkasa untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan pada Isnin. Katanya, perkara itu disampaikan oleh Adzib dalam satu perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) pada minggu ini.
Adzib berkata hakikatnya adalah terserah kepada NGO berkenaan menggunakan budi bicara masing-masing untuk berhimpun berama-ramai tanpa mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
Perkasa Selangor akan mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Mais berhubung rampasan Bible dari pejabat Pertubuhan BIble Malaysia (PBM) Januari lalu.
Perhimpunan itu akan diadakan di perkarangan Istana Kayangan Shah Alam bermula pada jam 11 pagi dan membariskan beberapa pemimpin Perkasa untuk memberikan ucapan sebelum memorandum diserahkan kepada pihak istana.
Abu Bakar berkata Perkasa akan berdiri teguh di belakang Jais dan Mais dalam mempertahankan titah Sultan Selangor agar kemelut itu diselesaikan di mahkamah.
Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh umat Islam yang berkelapangan sama-sama hadir berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada badan penguatkuasa Islam di negeri itu.
Perkasa menganggarkan 3,000 ke 5,000 orang seluruh umat Islam akan hadir pada hari itu kerana ia merupakan hari bekerja.
Abu Bakar berkata menerusi mesyuarat semalam, 22 wakil dari setiap Parlimen di Selangor dikerahkan untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang ahli Perkasa untuk menghadiri himpunan itu.