Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri akan menyemak semula sistem penggajian dan penjawatan bertaraf kontrak bagi kakitangan masjid.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata dalam masa yang sama, kebajikan keluarga kakitangan yang meninggal dunia dapat dibantu.
Katanya, langkah itu termasuk mewujudkan tabungan insurans kepada kakitangan dan keluarga kakitangan.
“Kita juga mahu keluarga kakitangan di insuran akan dari segi keselamatan dan pendidikan anak-anak.
“Kos sepenuhnya akan ditanggung Kerajaan Negeri. Itu antara cadangan dan perkara penting yang perlu dilihat Kerajaan Negeri untuk masa depan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa yang meninggal dunia baru-baru ini, di sini.
Beliau berkata pihaknya sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melihat semula perlantikan jawatan bertaraf kontrak.
“Jadi kita akan kaji balik keseluruhannya, kejadian ini membukan mata Kerajaan Negeri.
“Oleh itu, kita perlu menjaga kebajikan kakitangan masjid dan mempertingkatkan beberapa aspek yang perlu,” katanya.EZY