Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Proses pengepaman air hanya dilakukan pada kadar tiga meter

$
0
0

 
Analisis yang kita lakukan menunjukkan air di kolam tersebut selamat, kata Dr. Ahmad Yunus Hairi.
Ahmad_Yunus_Hairi_300x200

SHAH ALAM: Pengerusi, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunus Hairi menjelaskan bahawa proses pengepaman hanya dilakukan pada kadar kedalaman tiga meter atau bergantung kepada kedalaman kolam-kolam yang ada di  Selangor.

Katanya lagi, oleh itu tidak timbul dakwaan yang mengatakan bahawa air yang diambil dari kolam-kolam takungan itu tidak selamat.

“Analisis yang kita lakukan menunjukkan air di kolam tersebut selamat dan yang kita gunakan hanyalah paras tiga meter ke atas dari permukaan dan yang sering dikhuatiri adalah dari paras dasar, namun ada juga ujikaji yang dilakukan di paras dasar yang menunjukkan kualiti logam tersebut adalah di paras piawaian kita,” ujarnya.

Yunus berkata demikian semasa menjawab dakwaan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang mempertikaikan tahap keselamatan air yang digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri.

“Itu hanyalah pendapat peribadi beliau kerana setiap kali ujian dilakukan, kita akan mendapatkan khidmat badan-badan yang diiktiraf seperti KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, JKM dan pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan kualitinya sentiasa mematuhi piawaian.

“Malah kita juga mengambil sampel air dari kolam itu setiap minggu, dan sampel yang terkini diambil pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui di Bangunan SUK, Shah Alam, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Yunus turut memberitahu pemberita bahawa setakat ini, paras air di empangan Selangor telah mencapai paras 43.7 peratus.

“Pihak Kerajaan Negeri masih berjaga-jaga dengan paras air tersebut,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722