Oleh : NAZLI IBRAHIM
PUCHONG: Sejarah dunia membuktikan kerajaan di dunia yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dengan mempraktikkan demokrasi ‘setengah masak’ terhadap rakyatnya sering memperoleh ‘kemenangan besar’ setiap kali pilihan raya diadakan.
Bagaimanapun, kemenangan itu diperoleh dengan cara penipuan dan memanipulasi segala jentera termasuk badan yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara masing-masing.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata antara negara contoh yang mempraktikkan amalan itu termasuk Iraq ketika di bawah pemerintahan Presiden Saddam Hussein dan Indonesia ketika di era Presiden Soeharto.
“Ketika era Soeharto dalam pilihan raya, 99 peratus sokong dan begitu juga di Iraq ketik di bawah Saddam Hussein ada cerita benar berkenaan seorang anak muda yang mengundi pembangkang kerana tidak setuju dengan presiden berkenaan.
“Apabila dia balik rumah, ibu bapa anak muda itu memarahinya kerana tindakan mengundi tidak menyokong Saddam akan mengakibatkan nyawa ahli keluarga mereka berada di dalam bahaya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial, di sini, semalam.
Anwar berkata, anak muda itu dipaksa ibu bapanya untuk kembali ke tempat mengundi untuk membetulkan undi yang dibuat sebelumnya demi keselamatan keluarga.
“Anak muda itu beritahu pegawai pilihan raya sudah tersalah faham ketika memangkah tadi jadi ingin betulkan yang sebenarnya dia juga sokong kerajaan tetapi pegawai itu jawab, tidak mengapa undi awak sudah dibetulkan tadi,” katanya.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan perjalanan pilihan raya di Malaysia turut berhadapan krisis kepercayaan pengundi akibat pelbagai tindakan dan kenyataan yang menguntungkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.
Antara tindakan itu adalah mengadakan persempadanan semula di kawasan yang dikuasai BN dan enggan bertindak terhadap isu pengundi hantu yang memperoleh taraf warganegara dengan mudah untuk mengundi BN.
Walaupun dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Pakatan Rakyat masih mampu mempertahankan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, ramai percaya keputusan akan berbeza jika prosesnya dapat dijalankan dengan telus serta adil kepada semua parti politik bertanding.-NFN-