Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Tiada lokus standi untuk bawa kes Bible ke mahkamah'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Majlis Peguam berpendirian bahawa penasihat undang-undang Selangor tidak mempunyai kelayakan (lokus standi) untuk memohon kepada mahkamah berhubung naskhah Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengerusinya Christopher Leong berkata Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah hanya terpakai jika terdapat perbicaraan yang belum selesai, manakala Seksyen 407A terpakai jika terdapat unsur jenayah yang sedia ada di mahkamah.

"Jadi tiada asas bagi mana-mana permohonan bawah Seksyen 407 atau Seksyen 407A," kata Leong dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, Majlis Peguam menggesa Majlis Selangor Islam (MAIS) dan JAIS untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan juga Perlembagaan Persekutuan, dan segera menyerahkan lebih 300 naskah Bible bahasa Melayu dan Iban kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722