MALAYSIAKINI
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan pihak tertentu kononya beliau tidak berupaya 'menasihati' dan 'mengawal' Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menerusi posting terbaru dalam laman Facebooknya, hari ini, katanya sebagai Menteri Besar, beliau berperanan memberi nasihat kepada Tuanku dan baginda menghormatinya sebagai pentadbir kerajaan negeri Johor.
"Saya juga tahu ada pihak yang melemparkan tuduhan kononnya saya tidak berupaya untuk 'menasihati' dan 'mengawal' Tuanku Sultan terutamanya dalam soal pentadbiran tanah. Ini tidak benar," katanya.
Menurut beliau, tugasnya bukanlah untuk mengawal selia aktiviti Sultan Johor tetapi adalah untuk memberi nasihat kepada Tuanku.
Mohamed Khaled berkata sejarah akan menentukan sama ada beliau yang dikatakan tidak dapat menasihati Tuanku boleh membawa manfaat kepada rakyat negeri Johor atau tidak.
"Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak ada apa yang harus saya bimbangkan selagi saya tidak melakukan sesuatu yang membawa kemudaratan kepada rakyat negeri Johor," katanya.
Nafi sultan campuri pentadbiran
Beliau juga menafikan tuduhan yang mengatakan Sultan Johor mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dan menyifatkan tuduhan itu tidak benar sama sekali.
"Tuanku adalah seorang yang sangat mengambil berat akan hal ehwal kerajaan negeri dan juga negeri Johor tetapi baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak saya menjadi Menteri Besar," katanya.
Hubungan baiknya dengan Sultan Johor menurutnya, menjadi asas kepada beliau untuk memberi nasihat tanpa rasa gentar atau pilih kasih.
Mengenai Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), Mohamed Khaled mendedahkan bahawa baginda kecewa dengan persepsi negatif yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu yang melibatkan enakmen tersebut.
Persepsi serta tuduhan yang mendakwa enakmen itu bercanggah dengan prinsip Raja Berpelembagaan, katanya, ia adalah tidak tepat kerana apa yang terkandung di dalam deraf asal pindaan ke atas enakmen tersebut adalah selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.
"Harus diingat, Johor adalah negeri pelopor yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini. Kesultanan Johor telah sedia wujud sejak tahun 1885 lagi. Raja memainkan peranan memantau dan menegur di dalam sebuah negara," katanya.
Enakmen LPHJ katanya, adalah sama sepertimana semasa kita hendak menubuhkan Johor Corporation (JCorp) dahulu, selain ketika penubuhan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ketika beliau mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Mohamed Khaled berkata pelantikan anggota lembaga, pengerusi, ketua eksekutif mestilah dilakukan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan bagi di peringkat negeri pula, Sultan yang memainkan peranan tersebut.
"...apa sahaja kuasa yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong, ia selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sama jugalah di peringkat negeri, kuasa Sultan tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri,"katanya. - Bernama