Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kenyataan Jamil mencerminkan peminggiran Sabah dan Sarawak sepanjang sejarah Malaysia

$
0
0
chong chien jien

Roketkini.com


KUALA LUMPUR Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Malaysia bukan negara sekular sebenarnya hanyalah manifestasi terbaru  peminggiran Sabah dan Sarawak sepanjang penubuhan Malaysia, kata Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen.

Dalam sidang media di Parlimen, beliau sebelum itu menyatakan kekesalan terhadap Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengarahkan Jamil menjelaskan mahu pun menarik balik kenyataannya itu.

Beliau berkata, hujah Jamil bahawa Malaysia bukan negara sekular hanya kerana ia berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah cubaan memutarbelitkan fakta sejarah serta hanya mengambil kira konteks di Malaya.

“Malaysia ditubuhkan dengan empat rakan yang setara. Hanya Malaya, iaitu satu per empat (daripada persekutuan Malaysia) yang ada kesultanan Melayu. Malah, dua negeri di Malaya tidak memiliki sultan,” katanya.

Beliau juga sekali lagi menegaskan perkara 1 dalam Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Sarawak, yang menyatakan Islam bukanlah agama rasmi dua negeri itu.

Perkara 1 juga menyebut segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai di dua negeri itu.

Justeru itu, beliau membangkitkan persoalan tentang suara serta peranan Sabah dan Sarawak, termasuk dalam menetapkan asas persekutuan Malaysia.

“Sabah dan Sarawak dipinggir sehingga tahap kami dianggap tidak penting dalam penubuhan negara. Inilah sikap pemimpin BN sejak sekian lama, yang juga diterjemahkan melalui diskriminasi, termasuk dalam soal pembangunan, sepanjang lebih 50 tahun merdeka,” katanya lagi.

“Maka, kita perlu memperbetulkan kembali rekod sejarah yang telah diputarbelitkan ini,” tambahnya. – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722