MALAYSIAKINI
Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, Gerik petang semalam, ditemui lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Baharum berkata mayat Mior Fahim Ahmad, 39, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ditemui dalam keadaan meniarap di dalam perairan kawasan itu pada jam 7.25 pagi.
"Mangsa mandi bersama-sama beberapa peserta lain di kawasan itu sebelum didapati hilang dalam keadaan air deras. Kawasan kejadian adalah lokasi penamat latihan," katanya kepada pemberita di Gerik.
Beliau berkata kawasan itu juga menjadi lokasi bermalam kesemua pesert Latihan Dalam Perkhidmatan Kemahiran Memandu Off Road yang disertai 50 peserta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk 16 pegawai.
Kesemua peserta yang menaiki kenderaan pacuan empat roda sepatutnya pulang hari ini, katanya.
Latihan itu dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik yang turut disertai Ketua Polis Perak Datuk Acyrl Sani Abdullah Sani.
Abdul Manab berkata mayat mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gerik pada 12.30 tengah hari untuk bedah siasat.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu antaranya oleh Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertahanan Awam.
Jenazah mangsa akan dibawa ke kediaman ibunya di Kampung Tersusun Batu Lima, Tambun di Gerik untuk dikebumikan.
Mior Fahim mula berkhidmat dengan PDRM pada 1995 dan berpengalaman bertugas di Sabah, Johor dan Pahang selain pernah terlibat dalam operasi selama 21 hari menentang penceroboh di Lahad Datu, Sabah tahun lepas.- Bernama