Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Perkasa salahkan Najib, Bumiputera gagal berniaga di klia2

$
0
0

OLEH MD IZWAN


 Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan tempat berniaga kepada Bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali (gambar), berkata segala janji Najib sebelum ini kepada Bumiputera hanya retorik semata-mata.

 "Masalah peniaga Bumiputera tidak mendapat tempat ruang niaga di klia2 membuktikan segala janji dan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera sejak lima tahun dulu dengan pelbagai pengumuman yang diwar-warkan terbukti hanya retorik perdana menteri saja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Hassan berkata, isu di klia2 bukan perkara baharu mengenai Bumiputera dipinggirkan. "Isu KLCC, beberapa pusat beli-belah lain dan terbaharu di klia2 terus ketepikan peniaga Bumiputera dalam pada kononnya kerajaan hendak memperkasakan ekonomi Bumiputera.

"Tetapi semakin jauh pula jadinya," katanya. Beliau mendakwa, saranan Najib kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya membantu Bumiputera tidak diendahkan langsung.

 "GLC tidak endahkan langsung saranan PM. Pelecehkan lagi ada," katanya. Beliau juga mempertikaikan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputraya (MTEB) yang bersikap lepas tangan.

 "Mana MTEB yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri? Di mana MTEB?" soalnya.

 Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ramai pengusaha Bumiputera gagal mendapatkan ruang niaga di klia2.

 Malah, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menyuarakan keluhan tentang susahnya mencari restoran Melayu di klia2.

Bagaimanapun, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menegaskan kira-kira 40% penyewa adalah usahawan Bumiputera yang juga merupakan komposisi tertinggi dalam sektor peruncitan.

Lapangan terbang tersebut yang sebelum ini mencetuskan kontroversi mula beroperasi pada 2 Mei lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722