MALAYSIAKINI
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan polis di Sandakan, Sabah pada 13 Jun lepas kerana disyaki terbabit kegiatan militan akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta jika disahkan terlibat.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata walau bagaimanapun pihaknya perlu menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kanan itu sebelum sebarang tindakan diambil.
"Kes ini sedang disiasat dan kita tidak mahu ganggu PDRM. Bagi pihak kita (TLDM), kita tidak akan berkompromi.
"Jika telah terbukti anggota kita terlibat, barulah kita ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Komander Pusat Latihan Tentera Laut Negara Pasifik kelima di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata anggota TLDM yang berasal dari Semenanjung Malaysia itu berkhidmat dengan angkatan tentera lebih 10 tahun lalu, dan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 29 April lepas.
"Perkara ini paling mendukacitakan kerana kita telah melatih anggota supaya setia pada perkhidmatan dan negara. Namun masih ada yang menjadi 'duri dalam daging' terlibat dengan aktiviti yang jelas bertentangan dengan perlembagaan dan perkhidmatan TLDM," katanya.
Abdul Aziz berkata malah TLDM mempraktikkan 'sistem pegawai bahagian' yang mana setiap pegawai bahagian dipertanggungjawabkan setiap bulan mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi anggotanya.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin baru-baru ini berkata anggota TLDM itu merupakan seorang daripada tiga individu yang ditangkap kerana disyaki membantu anggota militan menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang bekerjasama dengan PDRM untuk menyiasat serangan ke atas kapal dan kecurian diesel berdekatan Pulau Aur, Mersing, Ahad lepas.
"Siasatan tertumpu untuk mengenal pasti adakah perkara itu dilakukan oleh lanun atau perompak ataupun mereka yang nak jadi cepat kaya dengan mencuri diesel. Ada banyak kebarangkalian dan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini," katanya.
Dalam kejadian itu, lanun berjaya melarikan diri dengan menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa selepas mencuri 700,000 liter minyak diesel bernilai RM1.4 juta daripada kapal milik Singapura itu.
Sementara itu, persidangan dua hari bermula hari ini dihadiri 26 supritendan akademi latihan tentera laut dari sembilan negara termasuk New Zealand, Rusia dan Vietnam yang antara lain bertujuan memantapkan kerjasama antara negara Pasifik.
Ia juga bertujuan berkongsi maklumat mengenai usaha melahirkan pegawai Tentera Laut yang berkualiti dan kompeten untuk hadapi ancaman dan cabaran pertahanan di abad ke 21.
Malaysia merupakan negara pertama dari Asia Tenggara yang diberi peluang menganjurkan persidangan yang diadakan tiga tahun sekali.-Bernama