Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib sudah hilang segala-galanya, ubahlah!

$
0
0




Isu ‘Allah’ tidak reda-reda. Tidak usah kita sebut tentang undang-undang. Kita bercakap tentang moral kita yang beragama dan bertuhan. Kalau kita bercakap diatas dasar undang-undang dan keputusan mahkamah, orang yang membunuh manusia lain pun boleh terlepas dengan berbagai-bagai cara. Undang-undang boleh melepaskan pesalah rasuah dan perogol dan sebagainya. Ini isu agama yang berkaitan dengan penganut berbagai agama yang sedang berkelahi tentang isu sensitif ini.

Perkelahian ini berlaku adalah  kerana politik. Tuduhan saya ini adalah tuduhan yang benar dan jika ada yang mengatakan ia tidak benar katalah sekehendak hati. UMNO Selangor cuba untuk berdemonstrasi. Puas saya mengkaji dan bertanya kepada alim ulamak muktabar, tidak ada siapa di antara mereka yang faham tentang Islam bersetuju ini adalah Islam sebenarnya.

Kalau boleh di kalangan UMNO Selangor memberitahu kita yang apa yang mereka lakukan adalah tuntutan agama kita. Setakat ini semuanya bersetuju apa yang diniatkan oleh UMNO Selangor itu amat bertentangan dengan Islam sendiri yang mengutamakan keharmonian hidup semua umat Tuhan ini.

Dalam isu ini bukan sahaja mendapat reaksi negatif dari orang Melayu beragama Islam yang benar-benar mengamalkan Islam yang sebenarnya. Hanya di negara ini sahaja isu ini hidup kerana isu seperti ini hidup adalah di sebabkan kelemahan pimpinan yang menonjol sekarang ini.

Tiada siapa dikalangan pimpinan dalam kabinet negara yang telah keluar untuk membuat keputusan yang muktamad dalam hal ini. PM Najib mungkin sedang sibuk untuk pergi merata-rata didunia ini untuk melihat matahari naik untuk tahun baru ini, dan mungkin beliau tidak dapat melapangkan masa untuk menyelesaikan isu hangat dan sensitif ini. Beliau pun telah begitu penat berucap dibanyak tempat maka sememangnyalah beliau merasakan terpaksa keluar negara dan melihat matahari tahun baru naik ditempat-tempat lain.

Saya tidak tahu hal ini dan tidak pula siapa memberitahu saya yang matahari tahun baru itu lain rupa dan keadaannya di tempat lain. Bagi saya matahari di mana-mana pun serupa sahaja keadaannya kerana matahari yang naik di negara ini adalah matahari yang sama dan matahari itu naik dari timur dan turun di barat. Saya pun jika ada rezki pada tahun hadapan, saya juga nak lihat apa bezanya matahari di negara ini naik sama dengan matahari naik di negara lain.

Tetapi saya tidak dapatlah hendak sampai ke Australia atau Amerika untuk melihatnya. Paling jauh mungkin saya mampu untuk melihat bagaimana matahari tahun baru naik di Golok atau Hadyaai sahaja. Saya tidak tahu pulak bagaimana hendak meminta kabinet kerajaan untuk membenarkan saya menggunakan jet eksekutif mewah tetapi cukuplah dengan kemudahan keretapi tambang murah yang diberikan kepada warga emas ke Golok atau ke Haadyai itu.

Dalam isu kalimah Allah yang menjadi isu perkelahian pada hari ini, terbitnya tidak lain dan tidak bukan kerana ‘vacuum’ yang besar dan meluas di kalangan kepimpinan negara. Jika kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan dihormati isu ini tidak akan pernah timbul seperti yag kita semua alami sebelum ini. Isu ini hanya timbul apabila politik negara begitu lemah dan tidak ada tanda-tanda yang Perdana Menteri sendiri boleh menyelesaikannya.

PM Najib seolah-olah tidak memahami atau mengakui yang isu ini adalah lebih besar dari isu ekonomi dan isu-isu lain jika benar-benar hendak melihat kita mendiami negara yang maju dan ternama. Isu ini jika tidak dapat diselesaikan ia boleh membawa kehancuran kepada fabrik politik negara kita yang kita sayangi ini, tetapi pimpinan kita tidak membuat apa-apa untuk menyelesaikannya mungkin kerana tidak nampak jalan untuk penyelesaiannya. Tetapi yang pastinya ia adalah kerana kelemahan dan ketidak adanya maya kepada barisan kepimpinan kerajaan hari ini.

Muhyidin minggu lepas telah memberitahu orang ramai yang niat untuk berdemonstrasi itu adalah ‘prerogative’ mereka dari UMNO Selangor itu. Jawapan dari seorang pemimpin nombor dua Tertinggi Parti dan negara itu amat memalukan dan bagaimana beliau hendak menjadi pemimpin ‘alternative’ kepada Najib yang sedang dilambung kehidupan ‘glamour’ itu? Jawapan Muhyidin itu membenarkan pandangan banyak pihak yang beliau bukannya penyelesaian terhadap kepimpinan negara kita.

Alasan saya yang tidak ada di antara mereka dalam Majlis Tertinggi UMNO itu mampu untuk memikul tanggungjawab untuk penyelesaian isu negara pada hari ini, kerana mereka seperti yang saya sebutkan selalu adalah dari acuan yang sama.

Itu sebabnya saya selalu berkata, apa yang rakyat perlu lakukan sekarang ini ialah untuk mencari seorang yang lain untuk membina dan mewujudkan acuan yang lain supaya hasilnya, kita akan berada dalam ‘ambience’ politik yang baru dan sekali gus akan melenyapkan rasa tidak berkeyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang ini. Sesungguhnya kita sedang menghadapi krisis keyakinan yang terlalu dan amat serius yang belum pernah kita alami sejak dari dulu lagi.

Tidak ada siapa yang sanggup bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini. Isu negara sekarang isu besar dan jangan sekali-kali dibiarkan ia roboh. Saya mempunyai pendapat, mungkin pendapat ini pendapat yang ‘isolated’ tetapi saya amat yakin yang isu Allah inilah yang akan menjahanamkan politik di antara agama dan kaum serta di antara wilayah di negara ini.

Bagi saya Sabah dan Sarawak boleh membantu untuk penyelesaian keadaan ini. Sesiapa yang masih mempunyai pemikiran yang masih dingin dan jiwa yang kaya raya walaupun sebanyak mana pun usianya, boleh menyelesaikan masalah negara ini. Berjumpa dan berbincanglah untuk kebaikan ini. Kita sudah ‘conclusive’ di antara kepimpinan tertinggi UMNO hari ini tidak ada seorang pun yang mempunyai ‘cut’ untuk melakukan perubahan ini. Kelalaian parti UMNO ini adalah penyebab kenapa parti itu sudah tidak ada kepimpinan lagi.

Kita seolah-olah sudah tidak berkerajaan lagi dan segala masalah berlalu begitu sahaja tanpa penyelesaian. Ini amat menggerunkan kita. Masa sudah terlalu suntuk dan sesiapa yang berkedudukan dalam Dewan Legislatif negara wajar bertindak dan carilah pimpinan yang baru dan jangan terpilih pemimpin yang 'kontroversial' untuk menyelesaikannya.

Jika ini tidak dilakukan kita tunggu sahaja kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki lagi. Bersusah-susahlah dahulu dan lakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan agar kita akan bersenang-senang di kemudian hari.

Bermula lah dari sekarang secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, 'kerja beransur itu tidak bertahan'. Najib sudah hilang punca bukan sahaja dalam memimpin negara tetapi kehilangan segala-galanya dalam kehidupan beliau sendiri.

Apa hikmahnya yang akan kita perolehi dengan kepimpinan buruk sekarang ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722