Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

BN kotakan janji tubuh universiti di Teluk Intan, bina 5000 unit rumah PRIMA

$
0
0
ANTARAPOS.COM
Post Pic


TELUK INTAN: Janji Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong untuk membina sebuah universiti di kawasan itu benar-benar ditepati sekaligus membuktikan Barisan Nasional (BN) tidak 'cakap tak serupa bikin'.

Dalam tempoh tiga hingga keempat tahun sekurang-kurangnya 1000 orang tenaga pengajar akan dilatih di cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dalam bidang vokasional dan teknikal, yang akan dibina di kawasan Parlimen itu.

Selain penubuhan cawangan UPSI, rakyat Teluk Intan juga akan menyaksikan sekurang-kurangnya 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di kawasan itu, yang tentunya akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan.

Projek pembangunan yang menelan belanja sebanyak RM5 juta itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Sabtu.

“"BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip menepati janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini," katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan, semalam.

Bagi projek PR1MA, Najib berkata, sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu yang keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar melibatkan dua bidang tanah milik kerajaan negeri dan sebidang tanah milik Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) yang dijangka dijual pada harga tidak melebihi RM150,00 seunit dan siap dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Siew Keong pada pilihan raya kecil itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan majoriti 238 undi.

"Saya tak senang duduk kalau tak turun hari ini berjumpa rakyat Teluk Intan kerana saya mahukan kemenangan ini bukan sahaja dalam erti kata rakyat telah memangkah BN, tetapi hendak kemenangan ini dekat di hati setiap pengundi.

“Saya juga datang sebab hendak pastikan janji-janji BN ditunaikan, janji-janji kita ditepati dan mahu membawa perubahan baharu di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata, kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722