Oleh Ng Kee Seng |
Jadi ternyata bahawa ianya hanyalah sebuah temberang Umno pada akhirnya, sama seperti yang telah dikatakan DAP.
Dengan pusingan-U Umno terkini ini, theantdaily telah meramal dengan tepat dalam rencana Komen yang bertajuk "PAS perlu pulangkan paku buah keras kepada Umno di dalam isu hudud" (12 Jun).
Hari 3 Jun, muslihat Umno Selangor telah didedahkan apabila Ketua Pembangkang Selangor, Mohd Shamsudin Lias mengumumkan penarikan semula usul Umno untuk membahaskan kemungkinan melaksanakan hudud di negeri ini.
Apa sahaja sebab yang mungkin diberikan Shamsudin mengenainya, DAP telah muncul sebagai pemain yang lebih baik dalam mengenalpasti temberang Umno, dalam membentangkan usul ini dan kemudian menarik balik.
Umno telah gentar sama seperti ketika ia gentar dan menolak usul PAS untuk membincangkan pelaksanaan hukum hudud dalam DUN Terengganu.
Umno telah salah andai Speaker DUN Hannah Yeoh dan keberanian DAP untuk membenarkan usul hudud untuk dibahaskan.
Walau bagaimanapun, Hannah telah memberi respons pedas sebagai tindak balas kepada tindakan Umno ini (terjemahan):
Selepas semalam pengumuman saya semalam bahawa saya telah menerima usul ADUN Sungai Air Tawar (UMNO), YB Kamarol Zaki Bin Abdul Malik yang menggesa Kerajaan Negeri untuk menjalankan kajian mengenai kemungkinan melaksanakan Hudud di Selangor, hari ini pejabat saya telah menerima satu salinan notis untuk menarik balik usul ini.
Tiada sebab diberikan bagi keputusannya untuk menarik balik usul itu. Seorang Anggota DUN boleh, melalui notis secara bertulis kepada Kerani, menarik balik apa-apa notis usul sebelum ini yang diberikan olehnya, seperti Peraturan Mesyuarat 29 (1). Walaupun seseorang ADUN memiliki hak membentangkan dan menarik balik mana-mana usul, amalan ini tidak digalakkan. Setiap ADUN mempunyai kewajipan untuk menegakkan integriti dan memelihara kesucian Dewan Undangan Negeri dengan tidak menggunakannya secara tidak berhati-hati dan tidak berdisiplin. Dewan Undangan Negeri bukan tempat untuk mana-mana anggota untuk bermain permainan politik. Saya melihat langkah oleh ADUN UMNO ini sebagai cubaan bermain politik secara terang-terangan. Jika seseorang wakil rakyat tidak bersedia untuk berdebat menegakkan usulnya, dia tidak sepatutnya membuang masa Dewan Undangan Negeri itu dengan membentangkannya.
Dewan Undangan Negeri adalah sebuah tempat yang sah untuk ADUN, yang dipilih untuk mewakili rakyat untuk bersuara bagi pengundi mereka dan untuk melibatkan diri secara terhormat dan produktif dalam proses perundangan. Saya mengingatkan ADUN Sungai Tawar Air dan semua ADUN, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang kerajaan, supaya tidak menyalahgunakan Peraturan Mesyuarat dalam membentangkan usul untuk dibahaskan.
Semalam, ketua MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai telah mengesahkan dirinya sebagai ‘pak lawak’ dalam sebuah parti yang telah kehilangan kewibawaan.
Dan beliau adalah contoh mengapa MCA hari ini dipandang sinis dari segi politik – ditolak oleh rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Cina.
Menurut laporan Malaysiakini pada 12 Jun, Lim menggesa speaker DUN Selangor Hannah Yeoh untuk mengelakkan usul hudud yang tiada gunanya dan mungkin tidak akan berjaya.
Beliau berkata bahawa dia tidak dapat memahami mengapa Yeoh yang dari parti DAP akan membenarkan usul mengenai pelaksanaaannya.
"Tidak ada kemungkinan usul seumpamanya boleh diluluskan di Selangor kerana BN adalah minoriti dalam Dewan Undangan Negeri, kecuali DAP bersedia untuk bekerjasama dengan PAS untuk membolehkan pelaksanaannya.
"Oleh itu saya lihat tidak perlu bagi usul itu dibentangkan," kata Lim dalam sebuah kenyataan akhbar.
Encik Lim yang dihormati:
Ø Mengapa anda mengarahkan serangan itu kepada Hannah dan bukannya Umno?
Ø Siapa yang mahu mengemukakan usul itu? DAP, PAS atau PKR?; dan
Ø Adakah anda terlalu takut untuk menegur ‘abang long’ Umno?
Itulah sebabnya anda dan MCA telah ditolak oleh rakyat Malaysia, kerana anda dan parti anda menganggap rakyat bodoh.
Anda tidak dapat pun menujukannya kepada puncanya. Umnolah yang bermain-main dengan isu hudud.
Umno begitu sombong sehinggakan ia juga boleh mempermainkan kaum Melayu. Umnolah yang menolak hudud di Terengganu, apabila ia tidak menggagalkan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
Sekarang Umno mahu mengusulkannya di Selangor, sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan!
Mengapa tidak Umno mengeluarkan usul yang sama di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis dan Sabah – yang semuanya diperintah oleh Umno?
Rakyat Malaysia bukannya bodoh!
Lim, bolehkah anda gambarkan atau bayangkan apa yang akan berlaku jika Hannah telah membenarkan usul ini?
Golongan taksub dan fanatik perkauman dan agama akan menuduh DAP dan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam! Umno telah membuktikan ianya anti-Islam di Terengganu, mengapa golongan fanatik ini tidak mengamuk di sana?
Oh ya Lim, adakah anda telah baca apa yang Hannah telah jelaskan? Jika tidak, begini (terjemahan):
Kami terkejut menerima berita bahawa ADUN Sungai Air Tawar dari parti UMNO, Kamarol Zaki Abdul Malik telah mengemukakan usul untuk mengkaji pelaksanaan undang-undang hudud di Selangor untuk dibahaskan dalam sesi seterusnya DUN ini.
DAP telah bertegas mengenai pendirian kami dalam isu ini. Sebagai ADUN negeri Selangor, saya ingin merakamkan pendirian saya bahawa Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama perlu sentiasa menjadi negara sekular dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini, seperti yang diilhamkan pengasas negara ini.
Oleh itu, bagi memelihara sifat sekular negara ini, saya akan menggunakan hak mengundi saya di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menolak pelaksanaan undang-undang agama, tanpa mengira apa agamanya.
Sejak PAS mencadangkan pembentangan rang undang-undang hudud di parlimen, Pemuda MCA telah melancarkan kempen "Katakan Tidak kepada Hudud PAS" di seluruh negara dengan pameran bergerak, kutipan tandatangan, forum dan sebagainya [1]. Mereka juga telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat PAS [2].
Sekarang setelah sekutu mereka, UMNO mencadangkan supaya hudud perlu dikaji di Selangor, adakah MCA akan menukar kempen "Katakan Tidak kepada Hudud PAS" kepada "Katakan Tidak kepada Hudud UMNO" di Selangor? Adakah MCA akan menganjurkan tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat UMNO Selangor, bagi menentang gerakan ini?
Berikutan isu ini, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon telah mengeluarkan kenyataan untuk bertemu sekutu mereka untuk 'bermesyuarat dan berbincang' [3].
Untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam menentang hudud, Pemuda MCA tidak seharus-harusnya teragak-agak untuk melancarkan kempen dan demonstrasi yang sama terhadap UMNO, sekiranya 'mesyuarat dan perbincangan' ini gagal.
Ya Lim. BN-Umno adalah minoriti dan ia tidak boleh berharap untuk meluluskan usul hudud tanpa sokongan Ahli Parlimen beragama Islam PAS dan PKR.
Tetapi sekurang-kurangnya seorang pemimpin muda DAP seperti Hannah mempunyai lebih banyak keberanian berbanding ‘pak turut’ Umno seperti MCA, dalam menghadapi isu hudud secara demokratik di Dewan Undangan Negeri.
Kerana Umno telah menolak usul hudud di Terengganu, apa yang akan menghalang ADUN PAS dan PKR yang beragama Islam dari tidak mengundi?
Ini bermaksud: DAP 15 dan Umno 12.
PAS mempunyai 15 orang Ahli Dewan Undangan dan PKR 14.
Seriuslah, siapa yang sedang mengelakkan usul hukum hudud?