MALAYSIAKINI
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bantuan sara hidup RM500 untuk pekebun kecil getah merupakan tanggungjawab sosial kerajaan berikutan penurunan harga getah di pasaran.
Katanya langkah itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung kira-kira 270,000 pekebun kecil getah di negara ini.
"Tidak ada unsur-unsur politik dalam soal-soal pemberian sara hidup seperti yang didakwa oleh pembangkang yang hanya semata-mata untuk mencari kepentingan peribadi.
"Kerajaan mempunyai mekanisme tertentu untuk menangani masalah hidup rakyat khususnya pekebun kecil di luar bandar berikutan penurunan harga komoditi getah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepengggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin di Raub hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata kerajaan juga sedang meneliti perkembangan harga getah dunia bagi merangka beberapa rancangan untuk membantu pekebun kecil.
"Kerajaan akan memberi bantuan sagu hati dalam masa terdekat ini berasaskan kategori penoreh, pemilik kebun getah dan penoreh yang bukan pemilik kebun," katanya.-Bernama