Mungkinkah nak tengok sejauh mana kehebatan pembangunan yang telah berlaku hasil dari segala projek yang telah diluluskannya semasa kempen PRK Dun Kuala Besut yang berlangsung pada bulan Ramadhan tahun lepas.
Macam mana Tan Sri? Hebat kan pembangunan Kuala Besut!
Gerbang Perlancongan Antarabangsa, Masjid Terapung Pulau Perhentian, Rumah Pangsa Tok Saboh, Sekolah Alor Peroi dan Empangan Kampung Nangka dan lain-lain lagi. Peruntukan yang diluluskan menjangkau lebih RM300 juta.
Kita masih ingat, bagaimana sepanjang kempen PRK Kuala Besut, setiap isu rakyat yang dibangkitkan PAS disambut segera oleh TPM dengan kelulusan projek bernilai jutaan ringgit.
Apabila kita timbulkan isu kerosakkan Empangan Kampung Nangka sehingga menyebabkan ribuan ekar tanah sawah padi terbiar, TPM lantas menyahutnya dengan kelulusan peruntukan lebih RM50 juta untuk pembinaan empangan baru. Sampai sekarang bayang empangan pun belum ada dan tanah sawah masih kering kontang.
Bila ditimbulkan isu penempatan generasi muda di Kuala Besut, TPM lantas mengisytiharkan pembinaan Rumah Pangsa Tok Saboh. Rumah pun masih nehi, pangsa pun entah ke mana. Pangsa durian adalah di Pasar Pagi Jumaat Kuala Besut!
Masalah muara Sungai Besut yang cetak dan mendatangkan masalah kepada pendaratan bot-bot nelayan antara isu yang hangat sepanjang kempen.
Penyelesaiannya, dilancarkan Kuala Besut sebagai Gerbang Perlancongan antarabangsa bernilai ratusan juta. Tetapi yang didirikan hanyalah pintu gerbang yang tertulis, TERIMA KASIH BN, IMPIAN MENJADI REALITI.
Apa yang menjadi impian dan apa yang menjadi realiti. Saya pun confius!
Kalau Tan Sri datang ke Kuala Besut hanya sekadar nak minum pagi dengan rakyat maka bertuahnya rakyat Kuala Besut dapat rasa minum pagi bersama Tan Sri TPM.
Kalau kerana nak lancar Pasar Nelayan Kuala Besut dan Program Jom Bertani tu biasa je. Idris Jusoh pun boleh lancar. Tak perlu sampai TPM nak mari. Yang dapat minum pagi dengan Tan Sri mesti ada yang senyum sampai ke telinga. Tangan yang bersalaman dengan TPM tentu tak dibasuh sehingga hari ini.
Bos Tan Sri di Sri Perdana Putrajaya pastinya menunggu untuk mendapatkan laporan selaras dengan KPI yang telah digariskan. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan!
Harap Tan Sri balik dan bagilah laporan yang betul kepada bos. Lepas tu bolehlah anda berdua gelak-gelak.
Mungkin bos Tan Sri boleh kata kepada Tan Sri...
"Muhyiddin! You memang pakar dalam berjanji walaupun sebenarnya habuk pun tarak! Syabas!"