OLEH MD IZWAN
Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan kandungan kitab yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada Januari lalu tidak menjejaskan isu keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersalah langkah dalam rampasan kitab Injil di Selangor Januari lalu dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut.
Gani berkata kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas itu bukan tulisan yang diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
"Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian," kata Gani. Gani juga menjelaskan kandungan kitab yang dirampas itu tidak menjejaskan isu keselamatan negara.
"Jabatan Peguam Negara juga turut mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa buku-buku tersebut tidak dikawal oleh KDN dan tidak melibatkan isu keselamatan negara," katanya. Menurut Gani lagi, tiada sebarang pendakwaan dibuat dan Jais perlu menutup kes tersebut.
"Oleh demikian, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat dan kes tersebut ditutup," katanya.
Mengenai gesaan supaya kitab tersebut dipulangkan, Gani menggesa supaya Jais mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
Bekas Presiden PBM, Lee Min Chong dan Pengurus Pejabat PBM, Sinclair Wong kemudiannya ditahan dan dibawa ke balai polis, namun kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
Serbuan Jais dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menghalang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan berbahasa Arab termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya-Allah".