Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Akhirnya perjuangan PAS tuntut royalti 20 peratus didengar

$
0
0

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Perjuangan menuntut kenaikan bayaran royalti dari lima peratus kepada 20 peratus khususnya di Sarawak diperjuangkan PAS sejak tahun 2012 lagi.

Naib Ketua Pemuda PAS Sarawak Syamsul Bahri Mohd berkata, sejak beberapa tahun lalu, PAS secara konsisten dan lantang menuntut hak itu demi kebajikan rakyat Sarawak.

Katanya, PAS menyedari bahawa Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak tetapi rakyatnya masih lagi miskin.

Atas kesedaran itu, sejak beberapa tahun lalu, mereka dengan kerjasama NGO Royalti atau lebih dikenali sebagai 'R', beberapa kali membuat rapat umum dan menyerahkan memorandum tuntutan itu termasuk memfailkan saman terhadap Petronas dan kerajaan Malaysia.

"PAS Sarawak juga terus konsisten di dalam tuntutan kita sehingga menjadikan peningkatan royalti 20 peratus sebagai manifesto PAS Sarawak (Dokumen 12 Tawaran) dalam PRU-13 lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Adun BN Semop Abdullah Saidol yang dilapor Borneo Post, yang seoalh-olah BN menjadi hero dalam tuntutan kenaikan bayaran royalti 20 peratus itu.

"Kenyataan Abdullah seolah-olah menjadikan perjuangan royalti atau hak royalti ini milik eksklusif sesetengah pihak sahaja.

"Pihak kerajaan negeri khususnya perlu lebih telus dalam usaha menuntut peningkatan royalti ini untuk kebaikan rakyat," jelas Syamsul lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menuntut penjelasan kerajaan negeri ke mana hasil royalti 5 peratus selama ini yang bernilai billion ringgit dihabiskan sedangkan rakyat Sarawak masih tersenarai antara termiskin di Malaysia dan kemudahan infrastruktur Sarawak yang paling mundur di Malaysia.

"Terima kasih kepada kepimpinan Ketua Menteri yang mendengar desakan PAS Sarawak selama ini yang berjuang untuk menaikkan 20 peratus royalti gas dan minyak di negeri ini melalui Dokumen12 Tawaran PAS Sarawak yang dilancarkan pada September 2012," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722