Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Zon pencarian dalam saga MH370 beralih, lapor WSJ

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

Pasukan mencari mungkin akan memulakan pencarian MH370 di kawasan baharu selepas usaha di selatan Lautan Hindi hanya sia-sia. Gambar fail.
Pasukan mencari mungkin akan memulakan pencarian MH370 di kawasan baharu selepas usaha di selatan Lautan Hindi hanya sia-sia. Gambar fail. 


Penyiasat yang bertugas mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu mungkin berpindah zon pencarian selepas mengkaji semula beberapa andaian asas mereka, langkah yang akan mencetuskan kritikan ramai berhubung usaha mencari yang sudah pun dikritik sebagai lembap dan tidak berkesan.

Wall Street Journal (WSJ) memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata pendapat terkini mengenai kawasan pencarian baharu itu timbul daripada beberapa ketidakpastian berkenaan kelajuan, laluan penerbangan dan altitud pesawat Boeing yang hilang daripada radar awam tetapi terus terbang beberapa jam dan dipercayai kehabisan minyak sebelum jatuh di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dengan membawa 239 penumpang.

 Tiada keputusan akhir dicapai mengenai di mana pencarian semula akan difokuskan dan usaha berkenaan kekal “kerja masih dilakukan”, menurut seseorang yang tahu butiran berkenaan, menambah pendedahan kepada awam mengenai kawasan baharu mungkin seawal pertengahan Jun.

Perpindahan itu akan menjadi pertukaran tempat kali ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan yang dilakukan pihak berkuasa berikutan pencarian pesawat itu yang tidak berhasil.

 Pihak berkuasa Malaysia semalam berkata, mereka akan ke Australia untuk merangka fasa seterusnya dalam pencarian itu berikutan kos operasi itu semakin meningkat. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu wartawan, perbincangan akan memfokuskan mengenai sokongan analisis kawasan pencarian baharu.

 Tanpa memberikan butiran lanjut, beliau berkata “ia tidak akan terlalu jauh daripada di mana pencarian sedang dilakukan sekarang.”

 Pihak berkuasa Australia sebelum ini berkata, maksimum sebanyak AS$55.5 juta (RM178 juta) akan diketepikan untuk pencarian itu, sementara Malaysia mengumumkan ia membelanjakan RM27.6 juta untuk bahan api, minyak dan beberapa barangan yang berkaitan dengan operasi mencari itu.

 “Itu bukan jumlah akhir,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam dan menambah kos mungkin akan meningkat sehingga pesawat itu ditemui.

 WSJ melaporkan sehingga pesawat itu ditemui, andaian seumpama itu masih hanya tekaan berdasarkan pengetahuan.

 “Mengubah andaian kelajuan, trajektori dan altitud, boleh menyebabkan penyimpangan kawasan mencari bawah laut yang jelas, kemungkinan membawa pasukan ke kawasan selatan atau selatan barat daya dari di mana fokus mereka dalam operasi pada Mei,” katanya.

Bagaimanapun, WSJ berkata, perubahan saat akhir dalam pengiraan, serta perselisihan antara penyiasat dari beberapa negara, boleh melengahkan keputusan atau peserta bantuan untuk melepaskan peluang membuat perubahan serta-merta.

Beberapa pakar yang tidak terbabit secara langsung dengan pencarian itu memberitahu akhbar harian perniagaan, peralihan itu mungkin menyebabkan pertukaran ratusan batu dan menyebabkan kerumitan mendapatkan logistik yang banyak, terutama jika pencarian bergerak lebih jauh daripada teluk Australia.

Sementara itu, keluarga penumpang MH370 melancarkan kempen mengutip dana untuk ganjaran kepada pemberi maklumat bagi maklumat di mana pesawat itu berada dan penyiasat persendirian yang membuat susulan daripada info berkenaan.

Dilancarkan di Indiegogo, laman web mengutip dana global terbesar, kempen dengan nama “Reward MH370: The Search for the Truth” meletakkan sasaran mendapatkan AS$5 juta untuk membiayai usaha itu.

“Siasatan rasmi dilakukan oleh kerajaan dan agensi gagal mencari pesawat itu, kerana sama ada tidak cekap atau pengeliruan. Kita perlu bersama-sama memastikan kebenaran ditemui,” kata Sarah Bajc, yang pasangannya, Philip Wood adalah penumpang MH370, kepada Indiegogo.

 Ketika laporan ini dibuat, Reward MH370 berjaya mengutip AS$10,452. Kempen itu yang meminta derma minimum AS$5, akan berakhir pada Selasa, 8 Julai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722