Oleh Mohd Farhan Darwis
Kongsi gelap diberi amaran tidak campur tangan dalam PRK Teluk Intan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Gambar fail The Malaysian Insider.
Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei lalu disebabkan amaran yang diberikan kepada kumpulan kongsi gelap untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, disebabkan amaran yang dikeluarkannya ketika kempen PRK itu, kumpulan kongsi gelap tidak berani campur tangan dalam proses pilihan raya di kerusi Parlimen tersebut.
"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.
"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.
"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.
Ahli Parlimen Bagan Datok itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlaku campur tangan kongsi gelap dalam pilihan raya sebelum ini.
"Mungkin itu yang dilakukan selama ini. Bukti, saya tahu ada yang beroperasi di Teluk Intan, Ipoh, Pulau Pinang," katanya, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.
PRK Teluk Intan menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen itu menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.