Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Enakmen Johor dapat lampu hijau Najib?'

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rang undang-undang kontroversi bagi membolehkan sultan terlibat dapat pentadbiran terus mengundang kritikan pelbagai pihak.
 
Aktivis pembangkang Tamrin Abdul Ghafar berkata, ulasan Najib berhubung perkara itu semalam amat longgar dan menggambarkannya seolah-olah bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
“MB tidak akan berani bertindak sedemikian rupa jika tidak terlebih dahulu dapat lampu hijau daripada Najib.
 
“Atau apakah berkemungkinan Najib, atas sebab-sebab yang  hanya dia sendiri yang tahu, telah mengarahkan Khalid berbuat sedemikian?” soal anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu.

Tamrin berkata demikian melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.
 
Najib semalam antaranya berkata, enakmen bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ)  itu mesti selari dengan prinsip perlembagaan yang mengangkat sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.
 
Najib juga berkata, Khaled menjelaskan padanya bahawa enakmen itu konsisten dengan peruntukan perlembagaan dan beliau juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan lembaga itu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722