Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PAS: Raja tak patut terlibat dalam eksekutif

$
0
0
MALAYIAKINI



 
 
 
Tindakan mengheret institusi raja dalam bidang kuasa eksekutif hanya akan mencemarkan institusi raja berperlembagaan itu sendiri, kata Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu.
 
Sambil menegaskan parti itu mempertahankan sistem raja berperlembagaan, Mohamad berkata, institusi raja tidak sepatutnya terlibat dalam bidang kuasa eksekutif.
 
"PAS terus sokong kerajaan berperlembagaan dan sebarang usaha heret institusi raja dalam kuasa eksekutif cemarkan raja berperlembagaan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Johor esok akan membentangkan Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Ia dikritik pelbagai pihak atas alasan akan memberikan kuasa eksekutif kepada sultan.
 
PAS selepas mesyuarat tengah hari tadi membuat keputusan tidak bersetuju dengan perlaksanaan rang undang-undang sedemikian.
 
Mohamad bahkan menegaskan, kuasa eksekutif dalam hal perumahan dan hartanah tanpa sedia ada sepatutnya dikekalkan.
 
"Sekarang tanah bawah kuasa eksekutif yang boleh dikritik, diperbaiki, dihentam oleh pembangkang dan sebagainya.

"(Keadaan) itu perlu kekalkan," katanya

Membimbangkan, kata Pemuda PAS

Sementara itu, Pemuda PAS berpendapat, hasrat melibatkan sultan secara terus dalam pentadbiran adalah sesuatu yang membimbangkan. 
 
“Tindakan ini bakal mengheret institusi diraja Johor ke situasi yang terdedah kepada kritikan luar yang serius,” kata ketua dewan itu Suhaizan Kaiat dalam Facebook beliau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722