OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bercakap semasa taklimat GST bagi media sosial di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin,
Walaupun Putrajaya membelanjakan jutaan ringgit untuk memberi penerangan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), satu kajian oleh universiti swasta mendapati kebanyakan rakyat Malaysia menentang cukai itu yang akan berkuatkuasa 1 April depan.
Kajian yang dilakukan oleh UCSI ke atas 700 responden menunjukkan mereka tidak menerima cukai tersebut, selain berasa kerajaan tidak dapat melaksanakan sistem percukaian itu dengan berkesan.
Dalam membentangkan hasil kajian berkenaan, ketua eksekutif pusat kajian UCSI Dr Ngerg Miang Hong berkata terdapat responden yang masih tidak memahami bagaimana GST dilaksanakan. Hasil kajian itu selari dengan satu keputusan kajian yang dijalankan pada April, dan ia dapat melemahkan harapan Putrajaya bagi menambah keyakinan rakyat berhubung kebaikan cukai berkenaan.
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan 80% responden tidak yakin kerajaan dapat melaksanakan GST secara berkesan. Sejumlah majoriti yang besar juga mendapati GST mungkin efektif di negara lain, namun di Malaysia hanya akan merosakkan reputasi kerajaan.